Pelajar yang tidak ikut PdPR tiga hari berturut-turut tanpa sebab patut digantung sekolah?

video-kafa

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

“Pelajar yang tidak ikut PdPR tiga hari berturut-turut tanpa sebab patut digantung sekolah”. – Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pendidikan Malaysia.

Rakyat tengah tertekan dikurung. Ada yang hilang pekerjaan. Ada yang dipotong gaji. Ada yang jual segala harta benda untuk survive.

Dan bila kenyataan begini keluar, pasti ramai terasa hati. Kaji selidik dari 5716 respondan yang saya lakukan, 37% pelajar tidak dapat ikuti PdPR dengan baik.

Faktor terbesar penyumbang kepada tidak join PdPR ialah ibubapa yang bekerja dan tidak dapat membantu anak-anak mereka. Selain itu, jadual terlampau padat, line Internet tidak memuaskan dan tak mampu sediakan gajet untuk anak-anak.

Hanya segelintir kecil rasanya yang ambil remeh tentang PdPR.

Majoriti yang tidak dapat ikuti kerana kekangan yang tidak dapat mereka elakkan.

Saya tidak bersetuju hendak menghukum pelajar hanya kerana tidak ikuti PdPR.

Masa semua orang tengah tertekan ini, patutnya kita bagi dorongan. Bukan ugutan dan hukuman.

Begitulah.

#MFS

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930