Pencarian Murid Pintar dan Berbakat
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tonton LIVE Cikgu Fadli
ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI?
Pencarian Murid Pintar dan Berbakat untuk menduduki Ujian Saringan UKM1 bagi tahun ini akan bermula pada:
👉 1 Februari hingga 31 Mei 2023
👉 https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/
👉 Sila Imbas Kod QR untuk mengambil Ujian Saringan UKM 1
Pengenalan
Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun. Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.
Apakah ujian yang perlu dilalui oleh murid yang ingin mencuba untuk mendapatkan tempat ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat?
Bagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat. Setiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei. Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun. Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my
0 Comments