Pendaftaran SMA MAIWP 2025: Semak Kelayakan dan Temuduga

pendaftaran-SMA-MAIWP-2025

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Semakan Kelayakan Ujian Saringan & Temuduga untuk Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) 2025 kini dibuka.

Tarikh Pengumuman: 13 Januari 2025 (Selasa), jam 12:00 tengahari

Berikut adalah maklumat mengenai ujian saringan dan temuduga bagi Pendaftaran SMA MAIWP 2025:

  • SMA MAIWP Kuala Lumpur:
    • Ujian Saringan pada 18 Januari 2025 (Sabtu)
    • Temuduga pada 25 Januari 2025 (Sabtu) bagi calon yang berjaya dalam ujian saringan
  • SMISTA (Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz):
    • Ujian saringan dan temuduga akan diadakan serentak pada 18 Januari 2025 (Sabtu)
  • SMA MAIWP Labuan:
    • Ujian saringan dan temuduga akan diadakan serentak pada 16 Januari 2025 (Khamis)
    pendaftaran-SMA-MAIWP-2025

    Anda boleh semak kelayakan dan muat turun slip panggilan sekiranya terpilih untuk menghadiri ujian saringan bagi SMA MAIWP KL atau ujian saringan & temuduga bagi SMISTA dan SMA MAIWP Labuan di pautan berikut:

    https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/

    Sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran SMA MAIWP 2025, boleh hubungi talian 03-2639 9000 samb. 11831, 11835 & 11834.

     

    pendaftaran-SMA-MAIWP-2025

    Kelebihan Mendaftar di SMA MAIWP:

    Pendidikan Berkualiti: SMA MAIWP menawarkan kurikulum bersepadu yang menggabungkan ilmu agama dan akademik. Pelajar akan memperoleh pengetahuan yang seimbang dalam kedua-dua bidang ini, menyediakan mereka untuk pelbagai laluan kerjaya dan kehidupan.

    Fasiliti Lengkap: Sekolah-sekolah di bawah MAIWP dilengkapi dengan kemudahan moden yang menyokong pembelajaran serta perkembangan fizikal dan mental pelajar. Ini termasuk makmal sains, perpustakaan, kemudahan sukan, dan bilik komputer.

    Tenaga Pengajar Berpengalaman: Guru-guru di SMA MAIWP merupakan tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi dan berdedikasi untuk memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, tetapi juga sebagai pembimbing dan role model kepada para pelajar.

    Persekitaran Pembelajaran Kondusif: SMA MAIWP menyediakan suasana yang kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan sahsiah. Persekitaran yang selamat dan teratur memastikan pelajar dapat fokus pada pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

    Peluang Penyertaan Aktiviti Kokurikulum: Pelajar di SMA MAIWP mempunyai peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum yang dapat mengembangkan bakat dan minat mereka. Ini termasuk kelab-kelab akademik, sukan, seni, dan pelbagai program pembangunan diri.

    Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

    #maiwp #PelanAlFalah #MalaysiaMadani #MemacuKegemilanganUmmah

    modul-jawi
    word-search-puzzle

    MEMO BERKENAAN KOMEN

    Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *



    video-kafa
    langan-durioo
    mfsbooks

    Subscribe To Our Newsletter

    Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

    You have Successfully Subscribed!

    Kategori

    Arkib

    Kalendar

    January 2025
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031