Permohonan Biasiswa Kerajaan Maghribi 2026 Kini Dibuka
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Maghribi bagi tahun 2026.
Biasiswa ini menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di institusi terpilih di Maghribi kepada pelajar cemerlang Malaysia.
Tarikh Permohonan Biasiswa Kerajaan Maghribi 2026
Fasa Permohonan
- 🗓️ Bermula: 25 Mei 2026 (12:00 tengah hari)
- 🗓️ Tamat: 03 Jun 2026 (5:00 petang)
Pemakluman Keputusan
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon pada:
- 🗓️ 15 – 19 Jun 2026
- ⏰ 9:00 pagi – 4:30 petang
[Klik pada imej untuk besarkan]
Maklumat Penting Biasiswa
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian:
- Kuota pengambilan terhad kepada 15 orang pelajar cemerlang sahaja
- Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Pengajian Islam
- Pengajian dijalankan di institusi terpilih di Maghribi
[Iklan / Advertisement]
Kemudahan Biasiswa
Pelajar yang berjaya akan menerima kemudahan seperti berikut:
- Elaun bulanan sebanyak 750 Dirham (USD80)
- Penginapan tertakluk kepada kekosongan dan syarat institusi
- Insurans dan kemudahan kesihatan
Cara Permohonan & Pautan Rasmi
Permohonan dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui pautan rasmi berikut:
🔗 https://dohe.mohe.gov.my/morocco/
Untuk melihat lebih banyak info biasiswa dan hebahan pendidikan terkini, anda juga boleh melayari kategori biasiswa di blog kami:
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh hubungi:
📞 03-8870 6609 / 6226 / 6148 / 5565
[Iklan / Advertisement]
Penutup
Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat disarankan membuat permohonan seawal mungkin kerana tempat adalah sangat terhad. Semoga dipermudahkan urusan semua calon yang memohon.
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi
Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini
Email: 80008000@mygcc.gov.my
Website: https://www.mohe.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/MOHEOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/mohe.official
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCzqgghAktWioBL_P7oRAXCg
Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia
+603 8000 8000 (MyGCC)
+603 8000 8001 (MyGCC)






















0 Comments