Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Satu undian dibuat dikalangan guru-guru Malaysia tentang Pertandingan Games Online yang masuk melalui sekolah.
95% dari 2444 orang guru yang mengundi memilih TIDAK BERSETUJU Pertandingan Games Online ni masuk melalui sekolah.
Mereka tidak menolak e-sport. Sila teruskan pertandingan e-sport ini. Cuma jangan gunakan sekolah sebagai platform nak tarik murid.
Banyak sangat kesan buruk akibat ketagihan main game yang dah pun berlaku didedahkan oleh ibubapa dan guru sendiri. Dan bila ketagih ni sukar dirawat.
Boleh baca sendiri komen-komen luahan hati ibubapa kat post ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4298165080205054&id=100000348124684
E-sport ni ada pro dan kontra. Kena ada kawalan kendiri dan disiplin yang tinggi agar tak terbabas. Alangkan orang dewasa pun banyak lalai dan terbabas. Huhu.
Dan pada aku, sekolah tidak sepatutnya menjadi tempat untuk menggalakkan murid bermain e-sport ni. Apa lagi sekolah rendah.
Biar KBS sahaja yang anjurkan Pertandingan Games Online tanpa perlu melibatkan pihak sekolah. Yang minat sangat dengan e-sport, joinlah program bawah KBS.
Gitu sepatutnya.
Apa pun, ini pendapat peribadi aku sahaja. Bebas nak setuju atau tidak. Cuma pendapat aku ini disokong oleh 95% guru-guru diseluruh Malaysia.
KPM patut memandang serius dan membuat penilaian semula apa wajar atau tidak sekolah dijadikan platform untuk menggalakkan murid main game online ni.
Sekian.
#MFS
0 Comments