Sekali bergelar guru, selamanya menjadi cikgu

“Cikgu Fadli tu, dah pencen buat cara pencen. Sibuk nak ulas isu pendidikan” – Nurtizen Bawang.

Kelmarin, inovasi kami adik beradik menang The Most Outstanding Awards Malaysia Research & Innovation Symposium 2025.

Balik cuti sekolah baru-baru ini, kami 9 adik beradik guru berkumpul dan berbincang, apa yang kami mampu sumbangkan untuk pendidikan negara.

Maka lahirlah idea Diari Kelas Cikgu. Sebuah inovasi membantu guru-guru Malaysia menyiapkan Kajian Tindakan dalam masa kurang satu jam.

Awal bulan hari tu kami buat Bengkel Diari Kelas Cikgu secara online, lebih 1000 guru-guru Malaysia join. Habis sahaja bengkel yang berlangsung sekitar dua jam, lebih 600 orang guru berjaya siapkan Kajian Tindakan. Sambil-sambil dodoi anak siap buat Kajian Tindakan.

Seronok mereka semua. Bengkel dah la PERCUMA. Tapi output yang mereka dapat benar-benar berharga.

Diari Kelas Cikgu, satu inovasi yang berjaya dan terbukti memudahkan.

Maka pada 23-25 February 2025, kami melangkah masuk ke Pertandingan Malaysia Research & Innovation Symposium 2025.

Inovasi dari idea 9 beradik kami bertanding dengan puluhan peserta lain.

Di hari terakhir, para pemenang diumumkan. Alhamdulillah, kami memang Platinum Awards. Anugerah tertinggi dalam pertandingan inovasi.

Meski pun aku bukan lagi guru yang berada dalam sistem, aku sedaya upaya sumbangkan idea dan usaha demi memartabatkan pendidikan Malaysia.

Terbaru, aku sedang siapkan beberapa modul inovasi, ebook, buku Stem dengan Cikgu Zahran pula. InsyaAllah pertengahan tahun ni akan keluar Xplorasi Stem 2.0 pula. Modul ebook aktiviti Stem dan Maths pun dah hampir siap juga. Buku Xplorasi Stem ni kami cipta untuk tarik minat anak-anak dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tahun 2022, 2 tahun sebelum aku bersara pilihan sebagai guru, nama aku tercatat di Penerbitan Jurnal Kurikulum, Jilid 7, Bahagian Pembangunan Kurikulum bagi tahun 2022 atas sumbangan artikel.

Kelas LIVE untuk murid sekolah rendah pula akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, kira-kira sebulan lebih sahaja lagi.

Kelas tahun lepas sambutan lebih seribu orang setiap malam. Seminggu 3x kelas. Gigih buat kelas nak memandaikan anak-anak bangsa. Percuma untuk semua asnaf dan orang dalam kesusahan. Secara LIVE di FB dan Tiktok.

Jadi usah dimarah bila saya menegur KPM dan sistem pendidikan negara kita. Kerana teguran saya bukan kerana benci, tapi kerana sangat sayangkan profession ini.
Begitulah.

Ok, jom layan gambar-gambar.

#MFS
– Sekali bergelar guru, selamanya menjadi cikgu –

2019

2019 ni kami join pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Ratusan peserta join, kami menang Gold Medals. Alhamdulillah.

salbiah-salleh

Dr Salbiah Salleh menerangkan pada juri apa itu inovasi Diari Kelas Cikgu

salbiah-salleh

Kali kedua penjurian, kami tunjukkan pada juri betapa mudahnya menggunakan Diari Kelas Cikgu untuk membuat Kajian Tindakan.

salbiah-salleh

6 adik beradik aku wakili kami. 3 beradik tak dapat hadir termasuk aku kerana ada hal yang tak boleh dielak.

diari-kelas-cikgu

Banner tentang Diari Kelas Cikgu. Sebelah kiri tu kakak sulung aku, Ustazah Norhana Salleh, GC di SBP Raub. Sebelah kanan pula kakak kedua aku, Norasma Salleh, GC di SBP SMSPP.

adik-beradik-guru

5 dari 6 beradik perempuan. Paling kiri kaunselor, Cikgu Solihah Salleh, anak ke 4. Sebelahnya Dr Salbiah Salleh, anak ke 5. Tengah tu Norasma Salleh, anak kedua. Dua dari kanan tu adik aku, Nur Afifah Salleh anak ke 7, dan paling kanan kakak sulung aku, Norhana Salleh.

ulasan

Antara ulasan juri tentang Inovasi kami, Diari Kelas Cikgu.

abang-mfs

Abang aku Mohd Ariff Mohd Salleh anak ke 3 dari 9 beradik. Aku no 6.

seronok

Seronok abang aku bila diumumkan memenangi The Most Outstanding Platinum Awards Malaysia Research & Innovation Symposium 2025.

gambar

Gambar utama Diari Kelas Cikgu adalah arwah abah dan ma. Mereka sumber inspirasi kami adik beradik.

senyum

5 beradik tersenyum gembira menang Platinum Awards.

gold

Alhamdulillah.

alhamdulillah

Gold Awards lagi kali ni. Siap menang The Most Outstanding Awards kali ni.

medal

Medal yang memberi kepuasan pada kami. Usaha dan inovasi kami memberi manfaat kepada lebih 400 ribu guru Malaysia.

abah

Masa arwah abah masih ada. Masa ni kami join pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di UUM dan menang Gold Awards juga. Alhamdulillah.

bengkel

Bengkel Diari Kelas Cikgu pada 14hb February full house 1000 orang. Ramai guru-guru nak join tapi tak boleh, dah full. Masa ni lebih 600 orang guru berjaya siapkan Kajian Tindakan dalam masa kurang 2 jam. Hebat kan?

Ada yang berminat nak join Bengkel Kajian Tindakan Formula Diari Kelas Cikgu 2.0 tak? Kalau ada cer respon. InsyaAllah kami cari masa free dan buat bengkel lagi.

sambal

Ini pula bukan inovasi, tapi sambal, dendeng, rendang dan lamb shoulder by Kedai Abang Syukor Majid. Ramadan dah dekat, beli segera tau : https://s.shopee.com.my/AKM6AjkJ8a

Untuk beli kat website picit sini www.syukorfarm.com. Boleh pos ke seluruh Semenanjung Malaysia.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

March 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31