Seorang jaga yang bekerja di Petaling Jaya datang ke gudang Dana Kita di Gombak. Dari PJ ke Gombak bukan jarak yang dekat. Datang hanya untuk sekampit berat dan sekilo gula.
Bekalan makanan di rumah sudah kehabisan. Duit pula kekeringan. Mujur kawan dia bagitahu tentang Dana Kita. Kawannya ini pun tiada pekerjaan setelah PKP. Pun datang untuk bekalan barang dapur yang kehabisan.
Jauh pun sanggup datang bila terdesak ni. Dan kami takkan hampakan permintaan mereka. Datanglah, kami bagi apa yang kami boleh bagi. Bantuan kewangan sahaja kami tak beri. Kebetulan ada sedikit stok susu budak, pampers, sabun, pakaian kanak-kanak dan lain-lain.
Penuh bakul motor tu mereka bawa pulang. Alhamdulillah. Aku boleh bayangkan anak dan isteri yang menunggu di rumah gembira melihat suami dan ayah membimbit barang untuk mereka. Kita rasa kita susah. Namun ada orang jauh lebih susah hingga tiada apa untuk dihidangkan di atas meja.
Aku dan team cuba membantu semampu kami. Untuk mereka yang jauh dari kami, maaf kami pohon. Kami hanya mampu bantu sasaran sekitar kami sahaja. Terima kasih buat kawan-kawan yang terus menerus menyokong usaha amal ini. Walau disaat ini ada pihak yang sedang menyerang aku dan Dana Kita itu sendiri, kalian teguh memberi sepenuh percaya.
Semoga kita semua berjiran disyurga.
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
0 Comments