4 langkah mudah belajar BUNDAR dengan TEKNIK NOMBOR MISKIN KAYA.

tudung-si-comel
pentagonmath

4 langkah mudah belajar BUNDAR dengan TEKNIK NOMBOR MISKIN KAYA.

Baik, malam ni aku kongsi cara ajar anak-anak topik BUNDAR guna kaedah MISKIN KAYA. Cara ini sangat BERKESAN untuk murid tahun 2&3 serta murid tahun 1 yang sederhana dan laju.

LANGKAH SATU
=============
– Kenalkan murid dengan NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA 5-9.

LANGKAH DUA
=============
– BULATKAN kehendak soalan. Jika soalan minta Bundar kepada PULUH terdekat, BULATKAN nombor PULUH. Jika soalan minta Bundar kepada RATUS terdekat, bulat nombor RATUS.

LANGKAH TIGA.
=============
– Buat DUA PILIHAN JAWAPAN.

Jawapan pertama ialah NOMBOR ITU Sendiri (nombor yang dibulatkan) dan nombor selepasnya WAJIB ditukarkan menjadi ‘0’ (sifar)

Jawapan kedua MESTI LEBIH SATU (nombor yang dibulatkan) dari jawapan pertama dan nombor selepasnya tukar menjadi ‘0’ (sifar).

Contoh A :
– Bundarkan no 73 kepada puluh terdekat.

Jawapan PERTAMA MESTILAH 70
dan jawapan kedua ialah 80.

Contoh B :
– Bundarkan nombor 1265 kepada ratus terdekat :-
Jawapan pertama ialah 1200
Jawapan kedua ialah 1300

LANGKAH EMPAT.
=============
Lihat nombor di SEBELAH KANAN nombor yang dibulatkan.

~ Sekiranya nombor sebelah kanan itu NOMBOR MISKIN, maka jawapannya juga MISKIN.

~ Sekiranya nombor kanan itu NOMBOR KAYA, maka jawapannya mesti KAYA.
Lihat contoh seperti yang saya tunjukkan dalam gambar.

nombor-miskin-kaya

Selain guna ayat nombor Miskin nombor Kaya, boleh juga guna nombor Kecil nombor Besar.

Berdasarkan pengalaman aku mengajar selama 15 tahun, cara ini paling mudah untuk murid sederhana dan laju faham. Cara ini aku pernah kongsi pada tahun 2015 dulu, hari ni aku kongsi lagi. 😁

Murid slow aku akan guna teknik Turun Naik Bukit atau Rumah JIRAN.

Mungkin guru-guru anak kalian ajar teknik lain. Tiada masalah. Matematik punyai 1001 cara jawab. Asalkan anak faham, gunalah cara mana pun. 🙂

Yang kurang jelas dengan penerangan bertulis dan gambar ini, jangan risau. Esok aku up video pula cara ini.

Terus follow dan nantikan tips Matematik seterusnya ya!

#MFS
– Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Cara Tarik Perhatian Murid

Cara Tarik Perhatian Murid

Nak share cara aku tarik perhatian murid seawal minit pertama lagi setiap kali memulakan pengajaran. Aku suka buat kelainan demi nak raih perhatian murid. Tugas pertama seorang guru sebelum mula mengajar pastinya menulis hari, mata pelajaran dan tarikh. Cuba buat...

Kisah suatu masa dahulu. Baru nak mula ajar PJ

Kisah suatu masa dahulu. Baru nak mula ajar PJ

Kisah suatu masa dahulu. Baru nak mula ajar PJ, seorang murid perempuan cantik molek datang jumpa aku dan cakap: "Cikgu, getah rambut saya tercabut. Boleh tak cikgu tolong ikatkan" takde anak perempuan dan tak pernah ikat rambut orang perempuan ni, takpa la, meh cikgu...

“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

"Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni," jerit murid dari kantin. Botol air yang berpeluh sejuk itu aku pegang, penutupnya dibuka perlahan-lahan. Botol air dihulur, murid lain pula datang beratur, "Cikgu. Buka kan roti saya". Aku ambil dan buka roti roti itu. Murid...

Kisah hari pertama sekolah

Kisah hari pertama sekolah

Kisah hari pertama sekolah. Jemput GB kami, Cikgu Ikhwan untuk merasmikan Minggu Transisi Tahun 1. GB beramah mesra dengan murid-murid. Macam-macam soalan dia ajukan. Sampai satu soalan, GB bertanya, "Jangan nakal tau. Orang nakal ni kawan dengan syaitan. Siapa nak...

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

  • Norliza on Silang kata Online Bahasa Melayu: “Terima kasih atas perkongsian….bahan yang amat membantu… mohon izin guna ya.Mar 22, 11:12
  • zurita binti mamat on Silang kata Online Bahasa Melayu: “terima kasih, cikgu.sangat bermanfaat untuk murid-murid saya..saya minta izin guna bahan cikgu ya.Mar 18, 21:43
  • Francisca Anak Nijit on Latih Tubi Tambah dan Tolak: “Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. saya follower cikgu. Bnyak bahan saya cari untuk bantu anak saya buat latih tubi.…Mar 13, 11:29
  • SABLIAH TANGKI on Silang kata Online Bahasa Melayu: “TERIMA KASIHMar 11, 14:24
  • Nurfarzyana razak on Lembaran Kerja PdPR Bahasa Inggeris Tahun 1: “Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi.saya sebagai parents kadang-kadang mencari latihan yang boleh anak² lakukan dirumah pada waktu cuti..Mar 5, 16:02

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib