tudung-si-comel
pentagonmath

tips-ajar-anak-perlahan

Tips ajar anak perlahan (slow learner).

1. Rendahkan aras pembelajaran.

Budak lemah rasa bosan, rasa susah, rasa give up sebab kita bagi latihan aras tinggi atau aras semasa seperti kawan-kawan dia belajar.

Dia kan slow learner, bagi soalan aras kawan-kawan lain mesti dia rasa susah. Maka dia benci nak belajar.

Wajib rendahkan aras. Macam murid ni. Dia murid tahun 3 (9 tahun). Aku bagi buku latihan 4&5 tahun. Punya dia seronok buat buku tu sebab mudah sangat.

Dia jadi confident. Dia jadi bangga dapat jawab dengan betul. Dia jadi bersemangat setiap kali belajar kerana dia rasa belajar itu mudah!

Kejap je habis dia buat buku untuk 4 & 5 tahun tu. Sekarang dia buat latihan buku Prasekolah 6 tahun. Pun semangat dia buat. Sebab mudah. Nanti akan naik ke buku Tahun 1 pula.

So kawan-kawan yang ada anak slow, tolong rendahkan aras pembelajaran mereka. Ni paling penting. Ingat ya.

2. Ganjaran.

Bagi ganjaran untuk tarik minat dia belajar. Dia jawab betul, bagi cekelat ke apa. Dia rajin, bagi reward. Semua makhluk di dunia akan termotivasi dengan hadiah. Khennn?

3. Hukuman.

Teknik ni terpakai di seluruh doniaaaaa ya kawan-kawan. Manusia berubah sikap kerana hukuman. Sebab tu orang takut nak langgar lampu merah, takut nak speeding, takut nak buat jenayah.

Kerana ada hukuman.

Sama juga konsep dalam belajar, ada hukuman (dendaan) jika dia malas, pasti buat dia rajin belajar. Simple.

4. Latih tubi.

Practice makes perfect. Selalu dengar kan? Latihan demi latihan pasti buat anak-anak kita lebih cepat pandai. Namun satu masalah besar, budak-budak malas buat latihan.

So macamana nak buat mereka rajin buat latihan? Senang. Guna cara point 1-3 yang saya tulis di atas.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Nah saya share lini buku-buku latihan terbaik di Tanah Malaya ini :

Koleksi buku latihan Prasekolah 4-6 tahun :
https://shope.ee/6KTD2CfEzB
Buku latihan Tahun 1-3 :
https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg
Buku latihan Tahun 4-6 :
https://shope.ee/7pHYCI4Ess

#MFS
– Cikgu sekolah rendah –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib