tudung-si-comel
pentagonmath

ragam-murid-tahun-1

 

Pelbagai keletah murid tahun 1 ni. Comel ada, geram pun ada. Ini 6 ragam murid tahun 1.

1) Mereka akan terus bertanya selagi kita tak bagi jawapan yang memuaskan hati mereka.

“Cikgu, saya nak minum air.”

Angguk.

“Cikgu, saya nak minum air.”

“Hmmm.”

“Cikgu! Saya nak minum air.”

“Okey Puteri Nur Malisa Anabella Ain Fitriah Maisarah binti Khairul Hamidul Rahman, awak boleh minum air sekarang.”

“Terima kasih cikgu.”

😭

***********

2) Dah tahu pun tanya juga.

“Cikgu, bunga ros ni kena warnakan kaler merah kan?”

“Ya, merah.”

“Kalau saya nak warnakan kaler biru, boleh?”

“Boleh juga. Bunga awak kan?”

“Tapi cikgu, bunga ros warna merah kan?”

“Iya. Warna merah. Tapi kalau awak nak warnakan bunga tu kaler kuning ke, oren ke, hitam ke, terpulang pada awak. Bunga awak.”

“Mana boleh cikgu. Tak cantik. Bunga ros kan warna merah.”

“Okey. Dah tahu warna merah, kaler je lah warna merah.”

Sengih-sengih dia masuk nak sambung mewarna, tak sempat 10 saat datang lagi.

“Cikgu, cikgu. Merah pekat ke merah cair? Pink boleh tak cikgu?”

Selonggok dia lambakkan warna kat atas meja suruh kita pilih pula. 😅

“Ni guna warna merah pekat ni,” ujar cikgu sambil hulur warna merah pekat.

“Tapi cikgu, saya suka merah cair. Tak nak la merah tu.”

😭

*********

3) Benda yang setiap hari ditanya tapi masih tanya juga sampai akhir tahun.

“Cikgu, kena selang (langkau) ke?”

“Iya, kena selang. Baru cantik. Kan dah cakap semalam.”

“Tapi kakak saya tulis tak selang pun. Cantik juga.”

“Kakak dah besar. Awak baru tahun 1, kena selang.”

“Baik cikgu.”

5 saat kemudia dia datang depan bawa buku tunjuk hasil kerja.

“Selang macam ni kan cikgu.”

“Iya. Macam tu lah. Dah, buat sampai siap baru hantar.”

Dia masuk ke tempat dan sambung buat kerja. 15 saat kemudian datang lagi.

“Selang macam ni kan cikgu?”

“Iyaaaaaa. Cantik dah tu. Dah, siapkan semua dulu baru datang depan.”

Masuk balik ke tempat. 10 saat kemudian bangun lagi nak ke depan. Tak dan sampai depan cikgu dah jerit,

“Iya Muhammad Khalish Ikmal Nasir bin Jusoh. Selang macam tuuuuu!”

😭

*********

4) Menulis hari dan tarikh.

“Cikgu, hari tulis sebelah kiri ke kanan?”

“Hari sebelah kiri.”

“Cikgu, tarikh nak tulis sebelah mana?”

“Kalau dah hari sebelah kiri, tarikh takkan nak tindan atas hari? Nak tulis sebelah mana pula kalau tarikh? Kan ada contoh cikgu tulis kat papan putih ni. Tiru macam ni.”

“Ya ya cikgu. Tarikh tulis sebelah kanan. Jangan la marah-marah cikgu. Nanti cepat tua.”

“Biarlah cikgu tua pun. Pergi buat kerja cepat.”

“Cikgu, cikgu. Hari sebelah mana dah cikgu? Kanan ke kiri? Saya lupa.”

“Kiriiiiii!”

“Errrr. Cikgu, cikgu. Kanan tu sebelah sini kan cikgu?” (Sambil tunjuk sebelah kanan bukunya)

😭

*********

5) Habis semua dia pergi sharp. 🤦‍♂️

“Cikgu, saya nak sharp pensel boleh?” tanya Ali.

“Boleh. Pergilah.”

“Cikgu, saya nak sharp juga,” kata Ain.

“Pergilah.”

“Cikgu, saya pun,” balas Karim.

*Cikgu angguk sahaja tanda benarkan.

“Cikgu, pensel saya pun dah patah,” kata Nisa.

“Okey kelas. Siapa nak pergi sharp pensel boleh pergi. Tak payah tanya lagi.”

Sekelas berlari pergi belakang nak sharp. Yang pensel masih tajam pun sharp juga. Yang bawa semua pensel warna nak sharp pun ada. Padahal tak ada aktiviti guna pensel warna pun.

😭

********

6) Pensel siapa?

“Kalau jumpa barang, jangan ambil. Tak baik ambil barang orang. Bagi kat cikgu, cikgu simpankan. Nanti jumpa siapa punya, cikgu pulangkan. Faham?” pesan guru.

“Faham cikguuu!” sekelas menyahut.

Tak dan 5 saat, beratur datang bagi barang kat meja cikgu. Pensel ada, pemadam ada, botol air ada.

“Cikgu, nah saya jumpa pensel.”

10 saat kemudian, datang murid mengadu.

“Cikgu. Pensel saya hilang.”

“Macamana boleh hilang? Jatuh ke?”

“Tak cikgu. Tadi Amin ambil pensel atas meja saya, dia hantar kat meja cikgu.”

😭

*********

Cukup la dulu 6 ragam anak-anak kalian di tahun satu. Penat dah aku tulis ni. Lain kali aku cerita lagi.

Cuma nak ingatkan, begitulah antara gelagat anak-anak kalian di sekolah. Punya la sabar cikgu melayan karenah mereka.

Sebab itu jika pernah ada masalah dengan cikgu-cikgu, datanglah selesaikan elok-elok. Jangan cepat nak maki hamun kat media sosial, nak malukan, nak report polis dan saman bagai.

Banyak sebenarnya kisah dan jasa guru terhadap anak kalian yang kalian tak pernah tahu.

Cikgu pun manusia. Kadangkala ada buat salah dan silap juga. Bila begitu, selesaikan elok-elok.

Datang bincang gaya orang matang. Gaya orang yang menghargai ilmu. Gaya orang yang menghargai seseorang yang banyak berjasa dan bersabar dengan karenah anak-anak kita.

Begitu.

#MFS
– Cikgu sekolah rendah –

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Cikgu, ni nama siapa?

Cikgu, ni nama siapa?

"Cikgu, ni nama siapa?" "Ni nama cikgu". "Okey. Ni untuk cikgu". "Terima kasih banyak". "Cikgu, ni nama siapa pula?" Ditunjukkan hadiah lain tertera nama Cikgu Loqman. "Ni nama Cikgu Loqman" "Terima kasih cikgu. Saya nak pergi cari Cikgu Loqman bagi hadiah pula"....

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

M1 : Eh, kat baju cikgu ada gambar chess. C : Awak tahu ke main chess? M1 : Tahu cikgu. C : Bagaimana kuda bergerak? M1 : Dia bergerak macam huruf L Murid-murid lain pakat dengar je perbualan aku dengan M1 dengan penuh minat. C : Kalau Castle ni pula gerak macamana?...

Benda dari Poket

Benda dari Poket

Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia. Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia. Wahh, pakai...

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas. Semerbak baunya. Sah, ada yang buat hal main perfume. "Siapa main perfume ni?" tanya aku. Sekelas tunjuk kat murid laki ni. "Dia sembur kat saya juga cikgu," adu seorang murid. "Ah, kau yang nak juga. Aku bagi lah". Start...

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

Ni Lutfiyah yang tulis kad ucapan 'Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli'. Ayat 'selalu pukul' awak tu mengundang betul. Macam kena bantaii separuh mati. Padahal kena rotan dengan pembaris kayu kat tapak tangan ja punnn. Tu pun sekali ja...

Tulisan Doktor

Tulisan Doktor

Masuk kelas, lepas bagi salam, murid duduk, macam biasalah, kelas jadi bising murid borak pasal kerja tak siap lah, pasal cikgu dia makin hensem la. Macam-macam lah. Kadang sebelum kelas mula aku sergah dulu bagi murid semua diam dan fokus untuk belajar. Kali ni aku...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib