Aku minat betul borak dengan murid masa tanda buku mereka. Suka dengar respon mereka.
“Cikgu, hari Ahad ni betul ke mak ayah kena datang sekolah”.
“Betul. Hari sukan sekolah kan? Minta la mak ayah awak datang sokong nanti”.
“Tapi mak kita kerja cikgu. Balik pukul 5. Atuk dan nenek ada la kat rumah. Nenek boleh datang ke cikgu?”
“Boleh je. Dah mak kerja, nenek pun boleh datang sokong”.
“Tapi nenek saya dah tua. Dia tak larat”.
“Kalau gitu, ajak atuk awak”.
“Atuk pun dah tua. Tak larat juga”.
“Ayah awak sihat kan? Suruh ayah datang”.
“Ayah saya sibuk cikgu”.
“Oh. Dia sibuk buat kerja apa?”
“Dia sibuk main PS cikgu”.
Kahkahkah. Kejung perut aku gelak.
“Hari Ahad tu biasanya orang cuti. Mak awak pun mesti cuti juga. Boleh la mak datang nanti”.
“Tak boleh cikgu. Bahaya”.
“Kenapa bahaya pula?”
“Mak saya cantik. Nanti kena culik”.
🤣🤣🤣🤣
Hat ni aku tak tahan dah. Gelak guling-guling atas lantai dah. Adoi la, jawapan budak-budak ni kadang tak terjangkau akal kita.
*******
Okeh, yang mana cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg
Buku-buku latihan Tahun 4-6 tengok sini : https://shope.ee/7pHYCI4Ess
Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/7pHYCI4Ess
#MFS
– Kisah Tahun 1 –
0 Comments