Jiwa Seorang Guru

“Terbunuhnya jiwa seorang guru, matilah jiwa ribuan murid-murid. Nak hidupkan sekolah, nak bagi setiap program penuh keterujaan, seronok dan gembira, hidupkanlah jiwa guru.

Hidupnya jiwa seorang guru, setiap tunjuk ajar lebih menarik. Setiap program sekolah lebih meriah. Sayangnya, ramai guru-guru mula mati jiwa mereka,” kata kekanda aku Cikgu Mie Ubai di suatu ketika.

jiwa-seorang-guru

Abang Mie ni, salah seorang guru yang aku cukup kagum dan terinpirasi dengan kerja buat dia. Jiwanya sepenuh diletak untuk sekolah dan anak-anak murid.

Kata-kata beliau aku setuju benar.

Mati jiwa, matilah semangat. Matinya semangat, segala kerja buat dilaksana hanya kerana terpaksa, bukan lagi rela.

Maka menjadilah segelintir guru-guru yang hanya tunggu gaji masuk, mengajar hanya buat syarat, sedang jiwa sudah tiada.

Jadi pak turut, jadi pak angguk, lantakkan betul atau tidak, lantakkan kelemahan, kerosakan yang ada. Biar saja.

Dan seperti biasa, mereka yang penuh jujur dalam bicara pasti takkan terlepas dari dianiaya, dipinggir dan dipulaukan. Abang Mie juga pernah lalui zaman-zaman itu.

Alhamdulillah, berkat kesabaran Abang Mie, kini jasa beliau mula orang pandang. Beruntunglah JPN Pahang ada guru sehebat ini.

#MFS

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930