Tulis hari dan tarikh, baru pusing depan dengar beberapa murid jerit,
“Cikgu, tahun ni tahun 2023 la. Bukan 2022”.
Kawan-kawan dia yang sebelum ini duduk bercakap dengan kawan, tengah main, tengah pandang kat luat, tengah tak fokus, semua mereka pandang papan putih.
Laju mata masing-masing fokus pada whiteboard. Mereka nak cari kat mana silap sang guru hingga kawan mereka tegur.
Semua murid fokus kat papan putih. Kemudian bisik-bisik sesama mereka bercerita silapnya cikgu dia.
Padahal depa tak tau, ini kesilapan yang disengajakan. Saja tulis salah agar murid memberi sepenuh perhatian.
Tak perlu buat set induksi beria, tak perlu bawa BBM, tak perlu bawa radio ajak murid menyanyi nak pastikan permulaan pembelajaran itu murid fokus.
Hanya perlu buat satu kesilapan kecil sahaja, semua mata murid tertumpu pada whiteboard. Dan mereka terus bersedia nak belajar.
Objektif set induksi untuk menarik perhatian murid berjaya!
Untuk settlekan kesilapan itu, aku tambah je 1 kat belakang tahun, settle masalah.
“Perghh, genius la cikgu,” ujar mereka.
“Betul tak sekarang?” soalku pula.
“Betul, cikgu!” bergegar kelas menyahut.
“Tepuk la sikit,” balasku lagi.
Maka bergemalah tepukan. Dan kami mula belajar dengan gembira.
*********
Koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/6KTD2CfEzB
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/6ACHnaMTzP
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/5AJkbrjfP8
#MFS
– Cerita sekolah rendah –
0 Comments