Saya nak kongsi sedikit sisi buruk saya dulu-dulu

tudung-si-comel
pentagonmath

sisi-buruk

Saya nak kongsi sedikit sisi buruk saya dulu-dulu. Awal-awal dulu, saya pemalas pait.

Betul-betul harap gaji jadi cikgu je. Langsung tak ada buat kerja tambahan. Cukuplah sekadar untuk hidup dan makan.

Saya cuma nak rehat yang banyak. Tak mau buat kerja lebih nanti tak ada masa rehat, sibuk dan penat.

Sehinggalah lahir anak pertama, kos anak-anak ni besar. Dan saya ingin yang terbaik untuk anak saya. Minum susu mahal, botol susu mahal, pampers mahal. Maklumlah, anak pertama. Semua nak yang terbaik.

Kat situ mula terasa struggle, duit tak cukup. Tapi masih malas dan bertahan dengan gaji kecil tu. Sampai anak saya usia 3 tahun, dapat anak kedua pula. Anak dah 2, perit berganda lah. Tambah-tambah hidup kat kotaraya ni.

Dan di suatu hari, kami lalu depan kedai mainan. Masa tu hujung bulan. Dan anak sulung saya nak sebuah kereta kontrol berharga RM19.

Saya seluk poket, cuma ada RM7 sahaja. Dalam bank, tinggal RM10. Menangis saya dalam hati masa tu. Menangis sungguh-sungguh, cuma airmata je tak keluar.

Saya muhasabah diri, dan cuba kenang kembali. Rupanya sepanjang kami kahwin, saya tak pernah bawa puan isteri bercuti ke mana-mana tempat peranginan pun.

Tak pernah bawa isteri dan anak-anak tidur hotel. Paling kuat bawa jalan-jalan tepi pantai pastu balik.

Saya juga teringat, kahwin dah dekat 5 tahun tak pernah saya beli hadiah harijadi puan isteri, tak beli hadiah anniversary. Just wish sahaja. Nak buat surprise sekali sekala beli phone ke, emas ke, memang jauh sekali lah.

Teruk saya menung sendirian masa tu. Memang rasa loser. Rasa suami dan ayah yang tak berguna.

Ayah apa aku ni anak nak mainan RM19 pun tak mampu beli? Sebiji kek harijadi untuk isteri pun tak pernah beli.

Pada satu hari, duit dalam poket ada RM10. Ambik anak dari taska nak hantar balik rumah, saya singgah stesen minyak isi minyak motor RM3. Arshad ikut masuk masa tu dan tunjuk nak KitKat.

Balance RM7 tu untuk saya makan di kantin hari tu. Tapi demi anak, belikan juga KitKat tu. Sudahnya hari tu tak makan saya kat sekolah. Tahan lapar gitu je.

Rasa teruk benar diri ni. Sampai tahap tu sekali. Sampai nak makan kat kantin pun tak ada duit.

Oh ya, saya gaji cikgu diploma je. Kecik wei. Gaji permulaan tak sampai RM1000 pun. Dah tu ada pula buat personal loan, yuran kebodohan zaman bujang. Dah tanggung beban bulanan bertahun-tahun lama.

Yuran kebodohan melibatkan personal loan ni ramai yang kena. Seksa weh.

Okey, sambung cerita.

Start dari situ saya cakap pada diri yang saya kena keluar dari zon selesa. Saya kena buat apa saja untuk ubah ekonomi diri dan keluarga.

Masa tu kat Fb tak ada followers. So saya kerja jual air tin. Sambil-sambil tu saya jual kasut bundle kat uptown sampai jam 4 pagi. Kemudian saya kerja kedai makan kawan.

Masa tu kerja macam kerbau demi ubah nasib diri dan keluarga. Tidur saya sekitar 3 jam sehari. Balik mengajar, mandi terus keluar rumah. Pulangnya azan Subuh.

Penat tok sah nak cerita. Saya diamkan saja. Aku lelaki kot. Aku ada tanggungjawab. Aku kena hadap semua ni sebagai anak jantan, bukan mengeluh meminta simpati orang.

Oh ya. Walau seteruk mana kewangan saya, saya takkan sesekali benarkan isteri saya bayar segala jenis bil api, air, astro, telefon. Semua atas saya, saya kan suami.

Walau bil pernah sampai surat merah api nak kena potong dan puan isteri nak tolong bayarkan, saya marah dia.

Jangan masuk campur! Itu tanggungjawab saya. Pandai la saya selesaikan.

Gituh ego seorang suami. Padahal duit tak dak. Wakaka.

Tapi isteri tetaplah isteri. Dia tau suami dia tak dak duit, tapi ego nak mampoih. Sesekalo dia buka wallet saya, dia lihat ada seringgit dua, dia selit RM10. Nak selit banyak, takut kena marah lagi. Haha.

Buka wallet, tengok ada duit lebih, tahulah saya isteri punya kerja. Masa ni rasa lebih teruk. Lebih tak guna.

Laki apa aku ni sampai bini kena bagi duit belanja curi-curi gini?

Lagi nekad nak kayuh dan buat apa jua kerja. Saya pernah kerja satu malam dapat gaji RM10 sahaja. Dan pernah langsung tak bergaji bila kasut bundle jualan saya tak laku.

Sedih beb, turun kerja jam 7 malam dengan harapan dapat la sepuluh dua buat belanja esok. Pulang jam 4 pagi, sesen pun tak dapat apa. Dapat letih je, dan esok kelaparan di sekolah tak ada duit nak makan.

Serius sedih kalau kena hari kumpau tak ada sale, tak ada gaji ni.

Bertahun-tahun saya begitu. Gigih buat apa jua kerja tanpa kira penat ke, letih ke apa. Janji rezeki halal untuk dibawa pulang.

Dan benarlah janji Tuhan, barang siapa berusaha tanpa meninggalkan doa, pasti Allah beri ganjaran.

Sedikit demi sedikit ada perubahan positif dalam income saya. Makin lega dan mula ada simpanan kecemasan, simpanan untuk hadiah isteri, simpanan untuk bercuti.

Setelah 9 tahun berkahwin, kali pertama saya tarik isteri saya masuk kedai emas dan saya suruh dia pilih barang kemas mana yang dia nak.

Menangis isteri saya masa ni. Aku pula berair mata dok tulis kisah ni sambil mengenang saat tu. Adoi.

Ok sambung. Sikit ja lagi. Panjang nak mampoih ni ada orang nak baca ke?

Lantakkan. Aku tetap nak menulis juga.

Dan akhir tahun itu, setelah 9 tahun tak pernah aku bawa anak isteri melancong, aku bawa mereka ke Kundasang, Sabah. Punya seronok anak isteri, akhirnya dapat pergi bercuti.

Begitulah sedikit sebanyak kisah hidup aku. Harap perkongsian ini ada la memberi semangat kat kawan-kawan lelaki terutamanya yang masih struggle saat ini.

Kayuh saja brother. Rempuh apa saja. Kita lelaki. Kita anak jantan. Isteri dan anak-anak tu tanggungjawab kita.

InsyaAllah satu masa yang tepat, Allah akan murahkan rezeki kita.

Oh ya. Sampai hari ini saya sentiasa buat apa jua side income. Yang terbaru, saya jadi dropship baju raya Bulan Bintang. Jenama viral tahun lepas yang mana jualan mereka lebih 500,000 pasang.

Kalian yang nak jadi dropship juga, jomlah. Daftar je sini :

Daftar Projek Raya Bulan Bintang

#MFS
– Bukan senang nak senang –

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

1. Anak-anak suka sangat dengan gadget dan tonton YouTube. 2. Risau juga weh memandangkan kat YouTube banyak content berunsur lucah, ganas dan extreme. Tapi tu lah, anak-anak suka layan kartun kat YouTube. 3. Walau mereka layan kartun Islamic dan tak ada pengaruh...

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS sebab tiru Australia. Australia laksanakan sistem School Based Assessment (SBA) Antara teknik penilaian maju la kiranya PBS...

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang. Dekat jam 12 malam dia mai suruh ajar. Mula-mula aku tunjuk-tunjuk cara je. Makin tunjuk makin tak faham ni, aku ambik je telefon dia tolong buatkan. Haishh, geram aku. Agaknya ni perasaan mak-mak dan ayah-ayah...

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita. Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk....

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Kena dengan ramai antara kita. Berusaha demi menyara keluarga, mencari rezeki yang halal dari siang membawa ke malam. Hanya untuk kesenangan anak isteri, seorang suami tidak kisah bersusah payah. Biar dia penat, biar dia berpanasan, biar dia basah ditimpa hujan, demi...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU. Mydin menerima pekerja OKU tanpa membezakan gaji mereka dengan pekerja biasa. Bahkan lepas SPM dulu aku sempat bekerja di Mydin Kota Bharu, cari...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib