Bila hati dah seronok kerja, tak kisah dah masa cuti pun datang buat kerja.
Rela keluar duit poket, cari sponsor, perah idea nak bagi sekolah ceria, cantik dan anak-anak seronok datang ke sekolah. Kami pun seronok buat kerja.
Projek Dataran Payung Kasih dah siap sepenuhnya. Dari dataran gersang kepada Dataran Payung Kasih yang memberi manfaat untuk murid-murid berkumpul, aktiviti luar kelas, tempat jamuan dan sebagainya.
Terus jadi super cantik kan? Siang malam buat kerja, 3 hari siap, alhamdulillah. Bila dah minat, malam pun pulun lagi. 😁
Kemudian sambung projek tangga pula. Setel buat projek tangga, projek lantaikan dewan terbuka giat berlangsung hari ni.
Pastu nak buat bilik rawatan kontena siap aircond, katil semua. Lepas tu nak buat waqafan untuk istirehat guru dan murid-murid. Tak berhenti setiap hujung minggu kami.
Murid datang setiap hari Isnin teruja je nak tengok apa lagi perubahan sekolah ni.
Hidupkan jiwa guru, nescaya hiduplah sekolah, hiduplah jiwa anak-anak.
Percayalah!
Jom lihat hasil kerja buat saya untuk sekolah tercinta.
Aktiviti membersihkan kolam lama yang tidak lagi digunakan. Pecahkan semua, bersihkan kawasan dulu
Lepas simen dan ratakan lantai, 1st step, kami cat guna cat epoxy. Dah macam kolam renang kan? Cantikkkk.
Kemudian pasang kabel besi. Ukur siap2 agar jarak sesuai agar payung tak bertindan, murid xleh bergantung dan kacau.
Dah ready kabel, terus pasang payung. En Mohd Azaly YDP PIBG kami bersama isteri turut turun padang melihat progress. Depa pun teruja tengok tranformasi sekolah kami.
Siapa tuuu? Aku lah tu. Kuat berlakon aku ni. Orang lain buat 99.9%, aku tukang sentuh dan potong cable tie ja. Pastu ambik gambar Senanggg. Wahaha.
Kalau dah minat, malam pun aku datang buat kerja gaisss.
Atas ni kami tebuk macam ni, pasang klip, dan ikat pada cable besi tu. Kukuh dan kemas.
Bawah guna tali tangsi size 100. Ikat batang payung guna cable tie. So payung stabil dan tak bergerak walau ditiup angin.
Pandangan dari atas. Cantik kannnn? 😍
Dari bawah. Fuh, terasa macam kat taman tema. Dengan bayang-bayang payung tu lagi, serius lawa.
Wajah penuh kepuasan melihat hasil idea dan hasil kerja 99% siap. Puas hati tak leh cakap kat orang.
Ni kerja kelmarin. Tangga besi kami bising bunyi bila murid turun naik. So aku decide nak pasang rumput karpet. GB bagi greenlight, terus buat kerja. Malam pun kerja gaiss.
Tadaaa. Dah siap pasang karpet. Cantikkk.
Seronok murid-murid guna tangga baru. 😁
Selfie dulu dengan hasil idea dan sentuhan. Biar jadi kenangan untuk masa depan.
Hari ni buat benda ni. Lantaikan dewan terbuka
Tak larat lihat murid luka jatuh atas tar yang keras, aku cadangkan nak simen lantai dewan. GB terus sokong, so kami proceed.
Petang Sabtu mai tengok orang buat kerja. Hat ni aku tak sentuh la. Depa semua buat. Atas tu kami pakai simen hijau. Lepas tu cat court badminton untuk murid berlatih. Esok ni siaplah, InsyaAllah. Macam biasaaa, selfie duluan buat kenangan. Wakaka.
Ni projek bulan lepas. Buat pentas dewan.
Masih dalam pembinaan.
Macam biasa, malam pun pulun buat juga.
Tadaaa. Hasilnya. Nanti atas tu nak letak signboard nama dewan. Setiap hari pentas ini digunakan. MasyaAllah, besar manfaat. Hari ni sambung buat lantai pula. 😁
#MFS
T.me/EbookCikguFadli
MEMO BERKENAAN KOMEN
Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.
0 Comments