Pengalaman Mengajar PJ: Murid Lelaki dan Perempuan

mengajar-pj

Biasa waktu PJ aku akan asingkan murid lelaki dan perempuan. Lelaki lawan lelaki, perempuan akan main pelbagai permainan sesama perempuan.

Minggu lepas, lepas train murid lelaki dribble dan passing, aku bagitahu,

“Okey. Masa PJ ada 15 minit je lagi. Siapa nak main bola sepak, buat dua team dan lawan. Siapa tak nak main bola, dia boleh rehat atau bebas nak main apa”.

90% murid lelaki pilih main bola. Selebihnya ada 3-4 orang ada lawan lumba lari, ada duduk rehat tepi minum air.

Tapi sorang murid ni laju je pergi dekat team perempuan yang sedang main, join mereka main. Gembira sungguh dia. Haha.

Teringat dulu-dulu, dalam ramai-ramai geng lelaki, mesti ada seorang dua budak laki yang senang masuk dengan geng perempuan. Geng perempuan pun selesa dengan mereka.

Kita hat lain nak dekat pun segan. Jauh sekali la nak main sama-sama. Kena halau lagi ada lah. Haha.

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031