Abah dan Ziarah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh

Abah dan ziarah.

Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak saudara, ziarah sahabat handai.

Masa virus covid belum wujud, boleh katakan setiap hari abah akan turun berziarah. Dengar saja kes kematian, orang sakit, InsyaAllah abah akan sampai.

Sanak saudara yang tua dan uzur, memang keutamaan abah. Aku dari kecil tidak pernah lihat wajah mak dan ayah abah. Mereka meninggal dunia lama sebelum aku lahir lagi.

Sebelah rumah aku, rumah mak sepupu abah. Mok Su Tijah namanya. Kiranya itu antara saudara terdekat kami yang paling tua. Setiap hari abah akan ziarah Mok Su Tijah. Anak-anak pun disuruh pergi juga. Disuruh hormat bagai nenek sendiri.

Sampai aku besar, sampai belajar di luar negeri pun, setiap kali pulang rumah, abah akan pesan,

“Gi naik jumpa Mok Su Tijah dulu”.

Sebelum pulang ke asrama, pun nasihat sama,

“Sebelum gi KL, naik jumpa Mok Su Tijah dulu”.

Itu pesan abah sentiasa. Memang abah selalu ingatkan. Sampai lah Mok Su Tijah meninggal dunia, begituah rutin kami anak-anak.

Sampai sekarang, anak dah lima pun setiap kali pulang, abah akan tanya,

“Dah pergi tengok Chek?” (Kakak ipar abah dalam gambar dibawah)

 

 

Patutlah hubungan abah dengan keluarga, dengan sanak saudara, dengan orang kampung jadi rapat. Abah sentiasa ziarah dan bertanya khabar.

Setelah abah tiada, banyak wasap dan pm yang adik-beradik kami terima dari sanak saudara dan orang kampung. Semua pakat kata,

“Teringat lagi Pok Muda datang rumah. Datang bertanya khabar berita selalu. Paling tidak seminggu dua sekali pasti Pok Muda singgah”.

Ah abah. Banyaknya amalan baik abah yang sukar Li nak tiru. Buat sekali sekala tu boleh, nak istiqomah macam abah ni cukup susah.

Patutlah kalama ulama mengatakan ‘Istiqomah itu lebih hebat dari 1000 karamah’.

Terima kasih abah atas didikan dan tunjuk ajar selama ini. Banyak ilmu dan pengajaran boleh Li jadikan panduan hidup.

Sayang abah hingga ke syurga. ♥️

Mohd Fadli Salleh

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



30 set ramalan UPKK
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

August 2025
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031