“Abah tulis dah wasiat untuk urus jenazah abah jika abah tiada nanti.”

video-kafa

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Teringat pesan abah, balik sahaja rumah Kak Ma terus masuk bilik dan buka laci abah. Terkejut Kak Ma. Ada satu sampul tertulis ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’. Sampul itu dibawa keluar. Ada 3 muka surat semuanya. Details abah tulis bagaimana pengurusan jenazah yang abah mahukan.

 

30/5/2018 abah sediakan wasiat ini. Hari ni baru kami semua jumpa dan terus laksanakan wasiat abah.

 

Berapa orang perlu turun ke liang lahad, siapa perlu mandikan abah, perlu beri apa dan berapa untuk orang solat jenazah, berapa orang yang solat jenazah, dan sebagainya. Lengkap.

 

Wasiat abah. 3 muka surat abah tulis sangat-sangat details.

 

Wasiat ini ditulis pada 30/5/2018 lagi. Abah juga berpesan dalam tulisan agar tunaikan wasiat beliau dengan ikhlas.
Petang tadi aku ke Madrasah Darul Al Aitam. Nak jumpa ustaz supaya buat solat jenazah ghaib.

 

Jamuan makan selepas majlis.

 

Ustaz sini baik belaka dengan abah. Surau dalam madrasah ni abah waqafkan bersama tanah.

 

Jemputan bacaan Qulhu untuk penduduk Bukit Ajyad.

 

Sebaik sampai surau, ada beberapa ustaz sedang turun tangga. Bila aku sampaikan niat untuk solat jenazah ghaib, katanya mereka baru selesai buat.
Allah. Tak perlu disuruh-suruh. Tak perlu diajak orang dah buat. MasyaAllah.

 

Persiapan untuk buat majlis Qulhu dan jamuan makan sepupu aku Sheikh Aiman terus buat di Mekah tadi.

 

Wasiat abah kami akan laksanakan di dua tempat. Di sini dan di bumi Mekah.

 

 

Kat Bukit Ajyad, Mekah abah ada satu rumah. Abah waqafkan untuk orang duduk dan guna sejak 2010.

Cucu saudara abah Sheikh Aiman yang duduk dan jaga rumah tu. Wasiat abah kami sampaikan juga pada Sheikh Aiman ni.

 

Sheikh Aiman dan abah.

 

Terus semua persiapan dibuat. Bacaan Kulhu dan jamuan makan disediakan.

Abah tenang di sana ya. Kami adik-beradik akan pastikan semua wasiat abah ini dilaksanakan dengan baik, sempurna dan penuh dengan keikhlasan.

#MFS
.

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930