Aku merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

video-kafa

Aku merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Kami mempunyai aset-aset seperti ambulance, library bergerak, lori 7 tan, van panel, triton dan sebagainya untuk agihan bantuan seluruh Malaysia.

Dalam lockdown ini, team beberapa kali telah ke Pantai Timur termasuk Kelantan. Aku nak sangat join sama misi ke Kelantan terutamanya, namun memandang takut jadi fitnah, aku pendamkan saja.

Nanti orang kata aku guna jawatan aku untuk balik kampung sesuka hati.
So, team lain yang turun hantar bantuan, wheelchair, katil hospital dan sebagai. Aku buat agihan di Gombak sahaja.

presiden-dana-kita-1

Dan esok, ada satu misi bantuan ke Kelantan. Terus aku bagitahu semua orang,
“Kali ni aku nak join. Masukkan nama aku. Boleh singgah jenguk ma dan abah”.

Abang aku terus call,

“Jangan. Jadi fitnah nanti. Takut wujud kluster baru, takut orang kampung mengata, takut orang luar bersangka-sangka”.

Diam aku. Dalam hati nak sangat-sangat balik. Walau tak boleh jumpa ma dan abah, walau tak boleh peluk cium mereka, bahkan walau tak boleh lihat pun mereka, sekurang-kurangnya keberadaan aku di sana menghilangkan segala rindu, mengurangkan segala kerisauan.

Aku bertanya hal ini dalam group adik beradik kami pula. Semua tidak benarkan aku balik.
Ah, jawatan ini digalas denga sejuta tanggungjawab.

Orang memandang, orang akan menilai dari mata mereka, orang akan mempersoal, orang akan judge dan mengata.

presiden-dana-kita-2

Tak bolehkah aku join misi bantuan kali ini walau tidak singgah di kampung halaman, walau tidak melawat ke hospital, walau tidak mendekat pun dengan ahli keluarga aku?

Jawapannya jelas. Tidak boleh. Ia akan membawa fitnah pada aku, pada NGO dan pada ramai orang.

Maka hasrat itu dipendam rapi.

Impian cuma tinggal harapan yang tidak boleh dipenuhi.

Tuhan. Jaga ayah dan ibuku untukku. Jaga adik-beradik aku dan sanak saudara kami sebaiknya. Sembuhkan mereka.

Sembuhkan semua yang dijangkiti virus covid ini.

Saat semua harapan menghilang, cuma doa padaMu Tuhan yang mampu aku panjatkan.

Mohd Fadli Salleh

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

2 Comments

  1. Ahmad Shamil

    Salam tuan. Saya berminat untuk menemu ramah tuan bagaimana tuan menguruskan PERTUBUHAN DANA KITA. sekiranya tuan berkelapangan sila lah email atau wasap saya di 019-6406490 atau shamilrembau@gmail.com
    Terima kasih.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930