“Anak saya lemah Matematik, macam nak buat cikgu?”
“Macamana nak bagi anak hafal sifir dengan cepat, cikgu?”
Dua soalan ni paling kerap orang tanya kat aku. Dalam komen ada, kat pm ada, kat wasap ada, tanya personal pun ada.
Baik, kita pergi soalan yang pertama. Macamana nak atasi anak lemah Matematik?
Jawabnya kukuhkan asas Matematik anak-anak terlebih dahulu. Kena banyak buat latih tubi. Buat, buat, buat, pasti mahir.
Tengok soalan di bawah. Soalan penolakan simple sahaja. Ramai boleh jawab, namun berapa ramai boleh jawab dengan cepat, cekap tanpa kecuaian?
Di sini perbezaannya antara yang mahir dan tidak.
Murid yang selalu buat latih tubi satu page sampai 60 soalan macam ni, kemahiran congak dan mengira mereka akan lebih pantas dan tepat.
Lihat page 30 sebelah kiri tu. Itu soalan bukan dalam bentuk lazim. Bermakna murid perlu mencongak. Buat 60 soalan congak dalam masa 10 minit katakan, pasti ada peningkatan dalam kemahiran mengira dan congak mereka.
Makna lain, asas mereka dalam penolakan mulai kukuh. Masuk pula soalan tambah, darab dan bahagi. Pun kena banyak latih tubi seperti ini.
Soalan kedua berkenaan dengan sifir. Apa cara paling mudah nak bagi anak hafal sifir?
Jawapannya ialah rotan dan paksaan.
Letak rotan kat sebelah, suruh anak hafal depan kita. Selagi tak ingat jangan bangun nak berak ke, nak makan ke, nak main ke. Nampak anak main-main je, rotan sofa kat sebelah dia. Rotan lantai ke sampai pecah rotan tu.
Jangan rotan anak pula, jadi kes dera nanti. 😅
Tak nak guna teknik rotan dan paksaan, guna teknik ganjaran. Bagi hadiah kalau dia dapat hafal satu sifir setiap hari.
Anak-anak dah hafal kemudian cepat lupa?
Sebab mereka tak kukuhkan ingatan mereka dengan buat soalan latih tubi pula. Hafalan ni ingatan dia sementara. Kena kukuhkan ingatan dengan terus buat soalan.
Hafal sifir 4, terus buat soalan sifir empat. Hafal sifir 6, terus buat soalan sifir 6. Kesilapan anak-anak kita, lepas hafal, mereka baca depan kita lancar, tapi tak terus buat latihan.
Esok lusa dia lupa balik.
Penat la kalau macam tu hari-hari. Asyik kena hafal semula. Apa benda ni? How shima? Your home tom ziau la. Camka sawwa cau cincau ah.
Haaa, gitu merepek marahnya. Cari buku latih tubi yang bagus untuk kukuhkan asas Matematik anak-anak lihat sini : https://shope.ee/6KRyIiteE1
Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia hafal dulu sifir. Lepas tu buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/Xul5Hl4E
Dalam buku Mathzier Sifir juga ada diajar teknik hafalan sifir dan asas bahagi. Senang nak faham.
Untuk buku latihan anak-anak Tahun 4,5 dan 6, klik je sini : https://shope.ee/9UP04Xhani
Semoga bermanfaat.
#MFS
T.me/EbookCikguFadli
saya nak buku sifir
Admin: Maaf untuk giveaway buku Sifir telah berlangsung pada 14 Ogos 2022. Jika berminat nak beli boleh dapatkan di sini ya: https://cikgufadli.com/wp-content/uploads/2022/08/3-150×150.png