Soalan Penyelesaian Masalah
Sumber / Guru: Mohd Fadli SallehTahun / Tingkatan: Tahun 3 Subjek / Mata Pelajaran: Matematik
Soalan ni dipanggil soalan penyelesaian masalah. Soalan berbentuk ayat.
Ayat Matematik pula maksudnya hanya operasi melibatkan nombor sahaja. Tak perlu jawapan untuk ayat Matematik.
Contoh ayat Matematik nombor 5 :
RM500 – RM239.50 – RM240.40
Itu sahaja ayat Matematiknya tanpa perlu tulis jawapan. Jawapan tu kira bentuk lazim kat ruangan sebelah tu.
Soalan penyelesaian masalah ni memang sangat-sangat ramai murid konfius. Mereka tak tahu nak buat operasi apa. Kena bimbing dengan soalan, contohnya :
“Encik Lee nak beli jaket dan jam. Bila dia membeli, duit dia makin bertambah ke berkurang?”
“Berkurangggg”
“Bila berkurang, kena tambah ke, tolak?”
“Tolakkkk”
Haaa, gituh. Cuma masuk soalan bercampur macam nombor 6 tu, memang jenuh la nak fahamkan ada operasi tolak dan tambah serentak.
Ni soalan dalam buku latihan murid Tahun 3. Buku yang KPM bekalkan kepada semua murid-murid.
Mencabar nak bagi mereka faham dengan sendiri. Kena sabar la guide dengan soalan tu. Kadang dah guide dan terangkan berpuluh kali pun tak faham juga, aku bagi je ayat Matematik dan mereka kira terus.
Begitulah.
Nak cari buku latih tubi yang tak ada soalan penyelesaian masalah, dapatkan sini : https://shope.ee/2fjPwgZSlc
Dalam buku ni aku memang tak letak soalan penyelesaian masalah. Tak nak bagi tambah pening budak-budak.
Khusus aku drill operasi asas kaw-kaw dalam buku tu. Lebih seribu soalan tambah tolak darab dan bahagi dalam buku tu. Dapatkan ya.
Yang dah ada buku tapi belum ada sambal, beli sambal sini : https://shope.ee/99wtgenuZl
#MFS
0 Comments