Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.
Maka sejak 2016 lagi, saat belum ada NGO pun aku cuba membantu anak-anak murid aku yang tak mampu.
Guna duit poket sendiri ja. Tapi poket aku nipis. Tak mampu nak bantu ramai orang. Maka aku hasut wife aku suruh infaq juga.
Tak cukup juga dengan infaq wife, aku hasut mak mertua, adik-beradik dan ahli keluarga aku pula. Pun tak cukup juga.
Ramai sangat-sangat orang tak mampu sebenarnya. Start dari situ aku mula menulis di Fb. Masa tu followers 200 orang je pun.
Maka dapat sokongan kawan-kawan maya, lebih ramai dapat dibantu. Dan bila tubuhkan NGO Dana Kita pada tahun 2019, kami bergerak dengan lebih meluas.
Saban tahun lebih RM500K dibelanjakan untuk bantu anak-anak yatim dan tak mampu dari segi pakaian sekolah, kasut, dan beg sekolah.
Lebih seratus ribu dah murid-murid di Malaysia dapat kami bantu dalam tempoh 3 tahun ni.
Dan ramai lagi yang memohon bantuan. Namun kami tak mampu bantu semua orang. Lagi-lagi yang jauh dari lokaliti kami. Memang kami minta maaf sangat-sangat.
Yang mana tinggal sekitar Gombak/Setapak dan tak mampu beli baju sekolah anak-anak, datang ke kedai saya, 2F Gadget ,No 58, Jalan Jernai 2, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur. Belakang Ong Tai Kim Jalan Gombak.
Ambik voucher baju, satu voucher untuk sorang anak. Satu voucher tu dapat set seragam sekolah lengkap dah. Pergi tebus kat Kedai iNur, Gombak Ria (dekat Taman Melewar).
Stok voucher ada lebih kurang 100 keping lagi. Kalau kebetulan kalian datang voucher habis, datang lain kali. Saya akan restok voucher tu.
Tak perlu bawa dokumen apa2, cuma perlu bawa kejujuran sahaja. Yang mampu, jangan menipu. Tuhan tahu. Tuhan bagi betul-betul tak mampu baru kalian tahu.
Tak boleh wakil ya. Kami tak bagi pada wakil.
Kalau stok barang dapur dah habis dan tak ada duit nak beli barang dapur, boleh minta juga dengan staff saya. InsyaAllah stok barang dapur sentiasa ada. Habis je, saya topup lagi InsyaAllah.
Kawan-kawan, jom la kita selit infaq kita sedikit seorang. Kongsi rezeki gitu. Kiriman RM1 cuma pun sangat-sangat membantu setiap projek amal yang kami jalankan.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Boleh juga terus klik sini untuk lebih mudah menyumbang :
https://www.billplz.com/SumbanganDanaKita
Juga boleh download aplikasi mobile DanaKita utk kemaskini segala aktiviti DanaKita di: bit.ly/DanaKitaAndroid
Dana Kita
#MFS
0 Comments