Berhenti menyalahkan sesiapa. – Cikgu Mohd Fadli Salleh

berhenti-menyalahkan-sesiapa

Sakit ni tiada siapa hendak. Tiada siapa mahu.

Semua yang terkena, dijangkiti ini tanpa mereka sedar. Mungkin saja sewaktu isi minyak, mungkin sewaktu cucuk duit di bank, mungkin dapat dimana-mana sahaja.

Ia merebak dengan pantas dan mudah. Bahkan ada kluster yang tidak dapat dikenal pasti datang dari mana. Ramai juga yang positif tanpa menunjukkan gejala.

Kita tak mahu pun wabak bahaya ini terkena pada diri kita dan keluarga kita. Memang kita minta jauh sangat-sangat.

Namun jika sekiranya kita atau keluarga kita diuji dengan wabak ini, tolong kekal rasional.

Tak perlu nak menuduh sesiapa. Kita terus ambil tindakan untuk lindungi diri dan ahli keluarga lain yang belum dijangkiti.

Sentiasa patuhi SOP, amalkan langkah pencegahan, patuh pada setiap garis panduan dari pihak kerajaan, vaksinkan diri dan doakan banyak-banyak agar Allah segera angkat penyakit ini dari bumi kita.

Yang ada kontak rapat, yang bergejala, tolong pergi swab test untuk pastikan status diri kita.

Jangan takut, dan jangan sedapkan hati bahawa kita selamat dan bebas. Sangat risau jika kita positif, tapi tak ada gejala. Ini yang bahaya kerana kita mungkin akan membahakan nyawa orang lain pula.

Doakan keluarga kami yang diuji dengan wabak ini juga ya. Kami tak salahkan sesiapa atas ujian Allah ini.

Dan kami ambil langkah terbaik agar ianya tidak merebak kepada orang lain dan keselamatan ahli keluarga kami akan terus terjaga.

Terus kuat abah, Kak Yah dan Muaz. InsyaAllah kalian akan kembali sembuh seperti biasa.

Amin.

Mohd Fadli Salleh

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930