Bina Sifir Masa PJ

Masa PJ tadi, semua murid-murid main dalam kelas. Permainan kami rujuk buku teks.

15 minit kemudian, murid ni datang,

“Cikgu. Saya tak mau main dah. Nak pinjam marker cikgu boleh tak?”

“Ambil lah”

Dia pun ambil marker dan mula bina sifir. Topik ni aku tak ajar lagi kelas ni. Khamis ni baru akan ajar. Bagus budaknya, dia dah ready untuk sesi pembelajaran seterusnya.

Aku perhati je dia bina sifir. Dia tak hafal, tapi dia bina sifir. Apa yang dia bina ni betul secara asasnya. Asas hat ni penting dari hafalan.

Ada murid, hanya hafal sifir, tapi tak tahu asasnya. Tak tahu dari mana bermula sifir itu. Tak tahu kenapa 4×3 = 12.

Konsep asas dulu kena tanam dalam kepala murid, dah faham konsep asas baru pergi pada step seterusnya iaitu hafalan.

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

bina-sifir

Dia bina sifir dua dulu. Dia buat batang, setiap batang ada dua calit. Konsep yang betul.

sifir-3

Sifir 3 pun sama. Buat batang, satu batang ada 3 calit. Kemudian kira calit itu. Konsep asas pendaraban yang betul ni.

minat-matematik

Ini budaknya. Awal dulu tak minat Matematik. Susah katanya. Sekarang nampak perubahan besar. Dia jadi minat dan seronok setiap kali ada subjek Matematik. Sebab dia dah faham konsep asas. Semua sifir yang dia bina betul belaka. Tahniah adik Hani Irdina.

buku-mathzier-sifir

Buku Mathzier Sifir ni sangat bagus untuk fahamkan anak-anak konsep asas Darab dan bahagi. Konsep ni sangat penting. Dah faham konsep baru hafal ya. Dah hafal, terus buat latih tubi. Buku ni boleh beli sini : https://shope.ee/1L3eSuFIe1

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728