Cikgu, cikgu. Aiman bawak duit banyakkkkk

bawak-duit
“Cikgu, cikgu. Aiman bawak duit banyakkkkk. Dia kata nak belanja semua orang”.

“Berapa dia bawak?”

“Saya nampak ada duit RM50, ada duit RM20, ada duit RM10”.

Hmmm. Start dahhhh. Mentang-mentang duit raya banyak ya dik. Kena selamatkan segera duit raya dia sebelum habis semuanya.

“Aiman. Dah kenapa bawak duit banyak-banyak?”

“Errrr, saya tak bawa cikgu. Adik saya letak dalam beg saya”.

Takut-takut dia jawab. Hmmm, Aiman, Aiman. Jawapan awak ni cikgu guna 30 tahun lepas lagi tau. Lepas kena marah dan suruh simpan duit, laju je Aiman cakap,

“Cikgu, Alia pun bawa duit banyak juga. RM200”.

Budak-budak khennn. Mana aci dia sorang kena.

“Alia! Dah kenapa awak pun bawa duit banyak-banyak ni?”

“Errr… Siti lagi banyak cikgu. Dia bawa RM300. Manisah pun sama cikgu. Badrol pun”.

Nohhhh. Terus dapat list panjang budak-budak bawa duit banyak. Habis barang dibeli mereka kat kedai buku sekolah.

Adoi la anak-anak. 🤦‍♂️

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbooKCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031