Ini kawan aku. Seorang cikgu sekolah rendah. Dan dia juga seorang ayah.

tudung-si-comel
pentagonmath

kawan-aku

Ini kawan aku. Seorang cikgu sekolah rendah. Dan dia juga seorang ayah.

Kebetulan anak-anak dia, dia ajar juga di sekolah. Maka suatu hari, masa masuk mengajar dalam kelas, dia dapati sangat ramai murid-murid lemah dalam subjek yang diajar.

Bersungguh-sungguh dia mengajar, dah macam tarzan menjerit dengan buat pelbagai gaya. Nak bagi murid faham, nak bagi murid tertarik.

Di akhir pengajaran, dia bagi kerja rumah banyak-banyak untuk mengukuhkan ingatan murid-murid dalam topik yang diajar. Belajar tanpa buat latih tubi, murid pasti lupa. Sebab tu dia bagi kerja banyak.

Malam tu, anak-anak dia datang tanya dia macamana nak buat kerja rumah. Bukan satu ditanya, semua soalan ditanya sampai dia stress.

Terus dia marah guru anak dia. Apa benda punya cikgu bagi kerja banyak-banyak ni.

Baru dia teringat dialah cikgu anak dia. Dia marah balik ayah anak dia, kerja tu perlu untuk kukuhkan ingatan murid dan pemahaman mereka.

Dia sebagai ayah tak nak mengalah. Marah balik cikgu tu.
Dia sebagai cikgu tak nak mengalah juga. Marah balik ayah tu.

Dia marah dia.
Dia bergaduh dengan dia.

Akhirnya dengar khabar dia sekarang dah jadi tak berapa betul.

Hangpa ingat senang ka jadi cikgu anak sendiri. Susah woi. Kena gaduh dengan diri sendiri hari-hari. Silap-silap boleh jadi sewel.

Mata aku tutup agar korang tak leh teka siapa dia. Ok, tu ja nak cerita malam ni.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul. Ada perkaitan Pecahan, Peratus dan Perpuluhan. Kreativiti murid juga dicungkil bila mereka bebas cipta corak apa pun. Latihan sebegini memang merangsang minda murid-murid. Suka betul aku kalau soalan...

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

"Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam," kata Sitiawa Mohd Noor kat aku semalam. "Hebahan apa pula ni?" soalku kehairanan. "Pagi tadi kan ada pertandingan melukis yang Dana Kita anjurkan kat Surau Al Amin. Seorang budak ni, lukisan dia cantik sangat....

Mak ai, cantiknya kelas.

Mak ai, cantiknya kelas.

Tadi kena relief kelas 2UM. Mak ai, cantiknya kelas. Patut johan kelas tercantik saban minggu. Hiasan cantik-cantik ni biasanya duit poket cikgu la dihabiskan. Bukan sepuluh dua habis ni. Bukan takat duit, masa dan tenaga pun habis. Tapi dah minat kan. Mereka tetap...

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Minggu lepas, Cikgu Hanafi yang mengajar kelas pemulihan datang jumpa aku dan cakap, "Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni. Dah dipulihkan dan tak perlu dah masukkan ke kelas pemulihan" "Wahhh. Syukurlah. Berjaya juga mereka ya" "Tu lah. Seronok...

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya yang katanya ditampar guru sampai sakit demam dan sakit gigi. Bukan takat tampar, adik Aisya juga kena ketuk kepala dengan buku, kena cubit sampai lebam. Bukan sekali, tapi berlaku banyak kali dengan guru...



Shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib