Dr dari Hospital Tumpat join video call bersama adik-beradik kami bagitahu situasi semasa abah

tudung-si-comel
pentagonmath

Semalam, Dr dari Hospital Tumpat join video call bersama adik-beradik kami bagitahu situasi semasa abah.

Dr bertanya, adakah kami para waris benarkan pihak hospital melakukan CPR dan juga intubate jika keadaan memerlukan.

Semua terkedu. Kami tak tahu nak jawab apa. Intubate ni bermakna ‘tidurkan’ abah dan mesin akan bantu abah bernafas. Pembacaan bebas aku kat media sosial tentang ‘tidurkan’ pesakit covid ini menyeramkan.

Ada dakwaan ia langkah hospital untuk ‘matikan’ pesakit. Pesakit dikomakan dalam tempoh intubate.

Pembacaan dari artikel seperti itu memang menakutkan kami untuk membuat keputusan. Ia satu keputusan yang sangat sukar untuk kami jawab.

Malam tadi, jam 1 pagi aku wasap sahabat baik aku, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, Dr Pakar Kecemasan & Trauma di HSI yang merawat ribuan pesakit covid terutama yang kronik.

Abang Zek terus respon. Bahkan minta izin untuk call terus. Susah wasap katanya. Abang Zek tak ada syorkan aku untuk terima atau tolak surat persetujuan untuk CPR dan intubate.

Tapi beliau menjelaskan situasi pesakit covid, risiko, apa fungsi ‘ditidurkan’, apa efek dan apa kelebihan. Secara ringkasnya ini yang Abang Zek cerita kat aku :

1. Virus covid bila serang paru-paru pesakit, ia membuatkan pesakit sukar bernafas. Dan mereka bernafas dalam kesakitan.

2. Doktor akan bantu dengan oksigen biasa dan ubat yang mampu tambah oksigen dalam darah. Pada peringkat ini, pesakit biasanya dalam stage 3 atau 4.

3. Sekiranya kadar oksigen makin menurun dan bantuan oksigen biasa tidak mampu menaikkan kadar oksigen, maka keputusan terakhir ialan intubate. Ni stage 5, stage terakhir untuk pesakit covid.

4. Virus covid ni merebak sangat cepat dalam badan. Biasanya pesakit dari stage 4 menuju ke stage 5 berlaku dengan pantas.

5. Pesakit yang di’intubate’ ni akan dibius penuh seumpama nak lakukan pembedahan. Fasa ini yang kita panggil ‘ditidurkan’ atau ‘dikomakan’.

5. Pesakit perlu dibius penuh kerana proses intubate sebenarnya sangat menyakitkan.

6. Selepas ‘ditidurkan’, mesin ventilator akan mengambil alih tukas paru-paru untuk mengeluarkan karbon dioksida dan memasukkan oksigen. Mesin bantu pesakit bernafas.

7. Masa ni pesakit boleh rehat. Mesin yang bantu bernafas. Ia membantu membetulkan masalah kegagalan dan kecederaan paru-paru.

8. Golongan warga emas usia lebih 65 tahun adalah golongan yang berisiko tinggi.

9. Tiada tempoh masa tertentu pakai ventilator ini. Ada yang sembuh cepat, ada yang lambat. Ramai yang berjaya sembuh, dan ada yang dijemput Tuhan.

10. Ia salah satu ikhtiar dalam ilmu perubatan untuk merawat pesakit covid.

11. Doa. Doa. Doa. Ini senjata paling ampuh yang mampu kita semua buat setelah semua ikhtiar dibuat.

Abang Zek juga bercerita pengalaman beliau sendiri melihat pesakit yang harapan tipis pun boleh sembuh. Kuasa doa, kata Avang Zek.

Selepas perkongsian dari Abang Zek, aku rasa lega sungguh. Jelas dan faham sekarang.

Lagi pun perkembangan abah hari ini nampak makin baik. Kandungan oksigen makin bertambah. Maka tidak perlu untuk ‘ditidurkan’ dalam masa terdekat. Harap-harap sembuh teruslah tanpa perlu intubate ni.

Covid adalah real kawan-kawan. Ia bukan teori konspirasi seperti yang digembar-gemburkan segelintir orang.

Jagalah SOP sebaiknya, ambil vaksin dan patuhi setiap peraturan yang ditetapkan.

Kena bagi kepercayaan penuh kepada team KKM untuk merawat covid ini. Mereka pakar, mereka terlatih, mereka merawat semua pesakit umpama mereka rawat ibu mereka sendiri. Percayalah!

Kalian boleh follow Dr Zek ya. Selain seorang doktor yang kacak dan muka babyface, beliau banyak info dan ilmu perubatan yang beliau kongsi.

Pengalaman beliau ‘membedah’ diri sendiri dalam kereta saat kegagalan saluran pernafasan beliau antara tulisan beliau yang aku baca dengan perasaan bercampur baur.

Terima kasih Abang Zek sudi kongsi ilmu perubatan, kongsi pengalaman, kongsi banyak sangat perkongsian ilmiah di Fb.

Dan terima kasih sudi bersahabat dengan saya. Kita kawan sampai ke syurga ya!

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula !

Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula !

Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula ! Tarikh 26 Mei - 5 Jun Promosi 🥳 6 bulan Harga Asal RM 77.40 Harga Promosi RM69 🥳 12 bulan Harga Asal RM 154.80 Harga Promosi RM135 Percuma 9 Buku Sample Little Ammar Yang paling best, setiap pembelian pakej 12 bulan akan...

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah?

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah?

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah? No worries mommy! TudungSiComel coming to the rescue! 😍 Boleh dapatkan Tudung Sekolah Awning Scuba di sini ya: https://tudungsicomel.com.my/TudungSekolahAwningScuba (Pilih warna 04 - Biru Pengawas) . ❣️Utk dapatkan Free Postage...

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah kan 😊 Saya ada jual tudung sekolah awning on-point original TudungSiComel. Cuma RM19.90 sahaja sehelai dengan Jaminan Istimewa 180 hari, tak selesa boleh tukar atau refund 😊 Yang penting anak-anak kesayangan kita...

Adik nak beli game ni boleh?

Adik nak beli game ni boleh?

"Adik nak beli game ni boleh?" Platform percuma seperti YouTube dipenuhi dengan Iklan mengarut yang mudah mempengaruhi anak anak Dengan teknologi sekarang, kebanyakan akaun bank atau kad kredit ibu bapa akan dikenakan cas terus dengan satu klik sahaja. Nak marah bila...



Shopee
kempen-cuti-sekolah-durioo



BUKU FIZIKAL

mathzier-abakus

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib