Update Perkembangan Abah, Ma, Abang Ariff dan Keluarga yang lain

tudung-si-comel
pentagonmath

Update perkembangan abah, ma, abang Ariff dan keluarga yang lain.

Abah sekarang di wad puteri, HPRZ. Sebilik dengan Ahmad dan Abang Ariff. Ma kat HPRZ juga, sebilik dengan kakak aku, Dr Salbiah.

Ramai ahli keluarga aku kat kampung termasuk abang ipar, adik ipar, dan anak-anak saudara positif covid.

Yang agak teruk ialah abah, ma dan Abang Ariff.

update

Abah dipantau rapi disebabkan usianya dah 74 tahun disamping ada penyakit sedia ada. Jika keadaan makin teruk dan oksigen makin berkurangan, abah kemungkinan akan di intubate.

Ini yang paling aku risaukan.

Ma dan abang ariff pun dalam pengawasan juga. Mereka pun terpaksa memakai alat bantuan pernafasan. Namun semua mereka sedar dan stabil.

Namun mujur ma, abah dan Abang Ariff duduk sebilik dengan anak-anak yang tak teruk. Mereka lah duduk jaga ma abah sebaik mungkin.

Doakan agar mereka semua berjaya harungi ujian ini ya.

Tuhan, permudahkan semua urusan ahli keluarga kami dan semua yang dijangkiti virus covid ini.

Amin.

#MFS

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

1. Anak-anak suka sangat dengan gadget dan tonton YouTube. 2. Risau juga weh memandangkan kat YouTube banyak content berunsur lucah, ganas dan extreme. Tapi tu lah, anak-anak suka layan kartun kat YouTube. 3. Walau mereka layan kartun Islamic dan tak ada pengaruh...

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS sebab tiru Australia. Australia laksanakan sistem School Based Assessment (SBA) Antara teknik penilaian maju la kiranya PBS...

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang. Dekat jam 12 malam dia mai suruh ajar. Mula-mula aku tunjuk-tunjuk cara je. Makin tunjuk makin tak faham ni, aku ambik je telefon dia tolong buatkan. Haishh, geram aku. Agaknya ni perasaan mak-mak dan ayah-ayah...

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita. Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk....

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Kena dengan ramai antara kita. Berusaha demi menyara keluarga, mencari rezeki yang halal dari siang membawa ke malam. Hanya untuk kesenangan anak isteri, seorang suami tidak kisah bersusah payah. Biar dia penat, biar dia berpanasan, biar dia basah ditimpa hujan, demi...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU. Mydin menerima pekerja OKU tanpa membezakan gaji mereka dengan pekerja biasa. Bahkan lepas SPM dulu aku sempat bekerja di Mydin Kota Bharu, cari...



Shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib