Hadiah Pembaris untuk Cikgu

video-kafa
hadiah-pembaris-untuk-cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur.

“Cikgu, cikgu. Nah, saya hadiahkan cikgu pembaris ni”

“Eh, terima kasih. Tapi kenapa awak bagi cikgu pembaris ni?”

“Saja lah. Saya nak hadiahkan kat cikgu”.

“Awak ada pembaris?”

“Tak ada”

“Dah tu buat apa bagi cikgu? Cikgu dah ada pembaris. Ambik kat awak, guna masa belajar nanti”

“Tak apa. Saya nak bagi kat cikgu hadiah”

Adoi. Puas bergaduh tolak dia nak bagi juga. Lastnya dia akur, dia ambik balik pembaris tu.

Ni mesti mak dia bagi duit suruh beli pembaris, dia dah beli lepas tu tiba-tiba nampak cikgu yang dia suka dia bagi hadiah. Agaknya gitu la.

Adik Adam ni darjah 2. Aku tak ajar dia tahun ni. Tahun lepas je ajar. Tapi masih ingat dia kat aku. Siap nak bagi hadiah tak tahu ke hala tu yang sweetnya.

Dalam sweet rasa geram pun ada. Haha.

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

hadiah-pembaris-untuk-cikgu

Hadiah pembaris untuk cikgu

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930