Happy birthday to me. 🎂

video-kafa

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Happy birthday to me. 🎂

Terima kasih Tuhan atas setiap hela nafas untuk 38 tahun ini. Terima kasih isteri yang sentiasa setia dan menyayangi.

Terima kasih anak-anak, adik-beradik dan semua kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.

 

 

Dapat hadiah spek baru dari wife. Oakley gituh. Siap tukar kanta dah pun ikut power spek asal aku

Pandai puan isteri berpakat dengan kedai OC OptoCare Taman Melawati KL – Vision Care Optometry untuk tempah situ. Rekod aku memang ada kat sini.

Spek aku yang sedia ni pakai dah lebih 5 tahun kot. Spek ni hadiah dari sahabat aku Ahmad Fuzai. Masa tu nak beli spek harga rm200 pun kena korek tabung. Mad ni baik sungguh, dia tahu aku tengah susah, dia hadiahkan sahaja.

Oh ya. Kedai spek OC Optocare Taman Melawati ni milik dia lah. Orang berdekatan, kena support tau. Dia juga pengerusi optometrist Malaysia, hebat orangnya.

Design Oakley ni muda remaja macam budak Semester 1 kat UKM pula rasa. Terus aku gurau dengan wife,

“Fuh. Pakai spek ni tiba-tiba jadi macam 20an. Ramai pula yang tergoda dengan abang lepas ni”.

 

Oakley gais. Rege dekat rm1500. Menangis tengok bil. Harap puan isteri tak claim semula lah. Bukan boleh kira orang perempuan ni, ayat mereka power. Tak sedar kena scam berkali-kali ganda nanti. Kalah sokmo kita.

 

“Menyesal saya pilih spek ni. Patut cari design orang tua,” balas wife sambil cubit lengan.

Aku gelak saja. Aku memang jenis gurau dengan isteri gitu ja. Bab kahwin 2,3,4 pun rileks ja dia layan. Siap dia offer nak carikan lagi. Hahaha, maulana betul kan?

 

Terus muda 20 tahun. Macam budak kolej je kan? Nak kena pergi library tekel budak u ke guane kalau dah rasa muda belia gini gaya? Wakaka.

 

Sesetengah orang memang tak boleh terima gurauan bab ni. Tapi wife aku steady ja, 12 tahun dah dia hidup dengan laki dia yang gila-gila ni.

Faham benar dia dengan perangai dan gurauan laki dia ni. Sebab tu dia tak pernah risau, tak pernah ada sangsi, tak pernah cemburu ke apa.

Terima kasih awak sentiasa ada bersama saat senang susah saya. Kita bercinta hingga ke syurga dengan cara kita okeh! ❤️

#MFS
– Life n Love. –

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930