Ibu Bapa Hilang Keyakinan Asrama, MRSM Jadi Pilihan

Bila Ibu Bapa Hilang Keyakinan Hantar Anak ke Sekolah Asrama

Isu kes buli di sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah khusus KPM semakin mendapat perhatian. Ramai ibu bapa kini mula hilang keyakinan untuk menghantar anak mereka ke asrama kerana bimbang akan keselamatan.

Namun begitu, ada juga ibu bapa yang masih yakin dengan keselamatan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berikutan langkah pantas dan tegas pihak MARA dalam menangani isu ini.

Mari kita baca perkongsian penuh oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang perbezaan pendekatan ini dan bagaimana ia memberi kesan besar kepada kepercayaan ibu bapa.

Perbincangan ibu bapa tentang keselamatan anak di sekolah asrama

Perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh

Saat ramai parents mula hilang keyakinan tentang keselamatan anak-anak mereka di sekolah-sekolah berasrama KPM termasuk SBP dan sekolah khusus, ada ibubapa yakin dengan keselamatan di MRSM.

Ini kerana tindakan pantas dari Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi yang sangat tegas membanteras isu buli di MRSM. Slogan ‘You touch you go’ benar-benar dipraktikkan. Bukan hanya janji kosong atau slogan tanpa tindakan. Beliau betul-betul buat.

Apatah lagi selepas kemasukan pertama batch warden yang dilantik dari kalangan pesara askar dan polis, keyakinan parents untuk hantar anak-anak ke MRSM lebih meningkat.

Tahniah MARA dan DAWD!

KPM perlu mengambil langkah segera untuk kembalikan keyakinan parents dengan tahap keselamatan anak-anak mereka di semua sekolah berasrama di bawah KPM.

Sayangnya ramai pelapis bijak pandai yang dah lama menaruh cita-cita untuk sambung pelajaran di sekolah elit namun hasrat itu terpaksa dilupakan akibat hilang trust pada sistem yang ada sekarang.

Keselamatan anak-anak adalah keutamaan mana-mana ibubapa.

Begitulah.

#MFS

📷 Rujuk komen ibu bapa di media sosial tentang isu ini:

Screenshot perbincangan ibu bapa di Facebook tentang isu buli di sekolah asram

👉 Apa pandangan anda tentang isu ini?
Jemput baca, fikir dan kongsikan pendapat di ruang komen blog cikgufadli.com.

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031