1. Post ini khusus untuk mereka yang boleh letakkan perbezaan politik ditepi dan berfikir dengan waras. Yang taksub politik, tak payah baca ya.
2. Bagaimana isu panas pasal tak tangguh peperiksaan SPM yang tular 2-3 hari ni bermula? Mari saya dedahkan.
3. Ia bermula dari gesaan parent, mangsa banjir dan sukarelawan yang terlibat dengan banjir. Bukan dari saya yang pertamanya, cubalah check lah timeline kat Facebook ni.
4. Saya turut serta setuju dengan gesaan tersebut dan join the wave mohon KPM dan YBM tunda. Sebab banjir benar-benar tengah teruk. Banyak kawasan langsung tak sampai bantuan, PPS penuh sesak, mangsa banjir terutama di Tumpat dan Pasir Mas memang tak dapat perlidungan yang baik.
5. Masa ni makin ramai join menggesa KPM tangguhkan exam. Namun update semasa dari KPM dan menteri, mereka tetap nak teruskan juga.
6. Masa kami tiba di PPS Biji Wangsa, Tumpat, petugas bagitahu PPS ni antara paling padat, lebih dah mangsa dari jumlah sepatutnya, ramai mangsa tak dapat khemah, tak ada toto, selimut dan seumpamanya. 25 calon SPM di sini tidur tanpa alas. Kami sumbang toto untuk semua calon SPM di sini.
7. Calon SPM di Kampung Genting pula ada yang terpaksa tidur dalam surau. Tanpa alas, tanpa apa-apa bantuan. Sedih melihat anak-anak ini. Namun bila lihat update dari KPM, mereka bukan main bertegas mereka dah sedia dengan segala mak nenek SOP, kebajikan calon-calon diberi jaminan, selesa, bla…bla…bla… Saya jadi geram sebab realiti depan mata saya tak macam tu.
8. Gesaan makin banyak diutarakan oleh pelbagai pihak di media sosial, namun ribuan keluhan mangsa banjir ini langsung tidak dipeduli YBM dan KPM. Masa ni kesabaran saya dah sampai batas. Bengang dan marah bila suara-suara rakyat dipalau, apa lagi yang terlibat banjir majoriti Melayu.
9. Dengan emosi marah dan kecewa, saya pergi komen kat post YBM Fadhlina Sidek. Komen yang mereka semua dakwa sentuh perkauman tu.
10. Double standard dalam KPM memang real berlaku sejak dulu. Benda ni open secret. Semua orang tahu, bahkan disiarkan disemua media sosial perdana.
11. Contohnya dasar KPM menetapkan sekurang-kurangnya kena ada satu kelas menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam program DLP. Itu dasar KPM, namun ada 11 sjkc tak setuju dengan dasar itu. Sepatutnya semua wajib ikut dasar itu, tapi mereka melawan. Dan tidak mengejutkan, KPM berlembut hingga YBM menteri sendiri jumpa mereka nak pujuk mereka terima.
12. Hasil akhir pertemuan YBM dengan 11 wakil SJKC tak tahu apa keputusan. Adakah mereka diwajibkan akur dengan dasar KPM atau diberi pengecualian. Kalau diberi pengecualian pun saya tak terkejut, sebab banyak kali dah mereka lawan dasar KPM san KPM tunduk pada desakan mereka.
13. Banyak contoh lain boleh disebut tentang double standard layanan KPM ini. Pasal redeployment, pasal tulisan jawi, pasal menolak program Etems dan lain-lain. Semuanya adalah fakta dan bukti nyata, bukan rekaan atau fitnah. Ia disiarkan di media sosial perdana. Bukti semua ada, dan saya yakin majoriti kalian yang baca post ini pun tahu benda ni real berlaku.
14. Bila teringat KPM memberi layanan istimewa untuk permintaan mereka, waima cuma 11 sekolah pun mereka layan lagi sampai menteri kena jumpa mereka, tapi permintaan dari ribuan mangsa banjir agar SPM ditangguhkan tidak dilayan, siapa yang tak geram.
15. Belum masuk cerita mereka langsung tak layan bila kita mohon kembalikan UPSR dan PT3. Sama juga bila kita kata PBD tak telus, banyak masalah, bias, dan tak sesuai, mereka buat pekak badak dan langsung tak peduli pun luahan kita. Beribu orang tak setuju pun mereka jalan terus. Itu dasar KPM katanya. Mana-mana guru yang bersuara tak setuju dengan dasar, terus kena surat, tatatertib dan ugutan halus.
16. Pentaksub politik akan nampak post dan komen saya sebagai serangan pada parti dan kerajaan. Padahal saya tegur menteri dan KPM itu sendiri.
17. Maka bermulah edisi serangan dari cybertrooper membawa fitnah dan hujah-hujah dangkal ikut persepsi mereka sahaja. Ditanya kenapa tak bersuara masa DRJ tangguh exam, padahal mereka tak tahu, saya antara orang paling awal melawan perkara itu. Siap buat poll berkali-kali di group guru kat FB, di Telegram, di story. Lebih 10 post, 3 siri LIVE saya buat untuk menyatakan tak setuju dengan tindakan KPM dan DRJ mansuhkan exam ni. Galilah, pasti jumpa.
18. Ditanya pula kenapa tak gesa tangguh masa DRJ jadi menteri, bla..bla..bla.. Katanya select hanya tegur masa YBM Fadhlina Sidek je jadi menteri. Eh, tahun lepas pun banjir. Masa tu YBM Fadhlina Sidek dah jadi menteri. Ada saya gesa? Masa Dr Maszlee Malik jadi menteri pun banjir, ada saya gesa?
19. Kalau saya anti benar dengan PH, setiap tahun saya gesa dan pertikai. Bukan tahun ni saja. Tiada gesaan pun sebelum-sebelum ini kerana banjir sebelum ini tidak seteruk kali ini. Bahkan mangsa banjir sebelum ini pun tak mengeluh dan tak menggesa pun, kali ini gesaan tangguh itu datangnya dari mangsa banjir itu sendiri! Baca point nombor 3, check sendiri timeline gesaan tangguh SPM ni.
20. Kalau saya rasis, anti PH dan seumpamanya, setiap isu panas mesti saya hentam dan burukkan dah. Contohnya isu kibar bendera China, isu signboard, isu harga barang naik, isu diesel naik, dan beratus isu-isu politik saya boleh sentuh untuk memburukkan kerajaan.
21. Saya tak pernah up isu panas dan kontroversi melibat kerajaan selama ini. Padahal banyak je modal saya boleh guna untuk hentam kerajaan. Tapi saya bukan taik politik nak timbulkan isu begini saban hari, saban maaa.
22. Gali sendiri setiap hantaran saya. Memang tak jumpa saya hentam kerajaan atas isu politik. Saya hanya sentuh isu yang berkaitan dengan pendidikan sahaja. Itu pun bukan burukkan kerajaan atau hentam parti. Semua kritikan berkaitan dengan pendidikan tuju terus ke KPM dan menteri. Bukan parti menteri.
23. Namun pentaksub politik tetaplah melabel walaun, nak jatuhkan kerajaan, bla…bla…bla… Hujah dangkal cybertrooper yang datang dengan fake acc atau lock acc.
24. Otak mereka 24 jam berpolitik. Mereka tak boleh bezakan dah kritikan itu untuk tambah baik benda tak betul dalam kementerian. Mereka nampak ada teguran pada kementerian, bagi mereka itu hentaman kepada kerajaan dan parti mereka. Bila tegur menteri, mereka anggap itu serangan kepada pemimpin parti mereka.
25. Otak mereka memang dah tak boleh bezakan dah. Semua benda dia kait politik. Padahal teguran itu langsung tak ada kena mengena dengan parti atau pun politik.
26. Saya berani sahut cabaran untuk buat forum diskusi ilmiah isu silibus ke, isu PBD ke, isu exam UPSR dimansuhkan ke, isu UASA tiada keabsahan ke, isu double standard layanan KPM ke. Jika menteri tak sesuai turun berdiskusi ilmiah isu-isu ini, hantarlah pegawai KPM yang berpangkat tinggi dan ada kuasa berkenaan isu-isu ini.
27. Dunia pendidikan ini subur dengan wacana ilmu, perbahasan ilmiah. Mereka galakkan murid-murid aktif dalam hal ini, namun bila kita ajak mereka buat diskusi ilmiah, diam dan tak berani pun sahut cabaran.
28. Sahutlah cabaran ini, jika hujah dari pihak KPM begitu padu, mantap dan relevan, saya sendiri sudi u turn dan sokong mereka serta merta. Bahkan akan ajak orang ramai bagi sokongan padu juga.
29. Ni tidak. Sahutan tidak berbalas. Mereka syok sendiri tulis apa jua dasar yang mereka rasa terbaik kat wall mereka. Saya pula syok sendiri tulis kat wall saya. Dua-dua syok sendiri lah senang kata.
30. Untuk elakkan syok sendiri ini berterusan, diskusi ilmiahlah jalannya. Rakyat pun boleh tonton dan nilai hujah siapa lebih relevan dan masuk akal. Mereka boleh tentukan apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, jomlah kita buat forum LIVE. Secara online pun tak apa, asalkan ianya LIVE dan public, bukan rakaman yang disunting.
31. Saya yakin, KPM pun sebenarnya nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Cuma mereka ego tak nak terima teguran bila sesuatu dasar itu ada kelemahan.
32. Akhir kata, letaklah perbezaan politik ditepi. Sama-sama kita duduk dan rencana apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Selagi memakai topi parti, selagi itu apa jua hujah lawan akan ditolak.
Begitulah.
Salam perjuangan para pahlawan kehidupan.
#MFS
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.
Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
Recent Comments