Jam 1:35 pagi pun mesej masuk lagi minta bantuan. Seminggu dah makan mee segera sahaja.
Dia tak minta duit, tak minta macam-macam, cukup beras dan sardin pun syukur dah. Betapa orang tengah susah sungguh sekarang ini.
Bila aku kata akan akan usahakan, bertalu-talu ucapan terima kasih. Agaknya esok dia dah terbayang dapat makan nasi. Allahu.
Sebak aku baca. Aku reply jam 2:40 pagi tadi terus dia respon. Agaknya tak boleh tidur kerana perut kosong.
Seorang ibu tunggal pun ada mesej. Pampers anak habis, susu habis, bekalan di dapur pun susut juga. Katanya, dia berlapar tak apa lagi, namun dia tak sanggup biarkan anak-anaknya kelaparan.
InsyaAllah kedua sasaran ini aku akan cuba bantu esok. Aku fikirkan cara agar menjelang malam esok ada nasi untuk mereka makan, agar anak-anak itu ada susu untuk diminum.
Orang betul-betul tengah susah sekarang ini. Dan kami di Dana Kita mampu membantu mereka. Kami ada dana, kami ada kekuatan, kami ada team, kami ada stok barang dapur untuk diagihkan kepada sasaran seperti ini.
Ustaz pun ustaz lah. InsyaAllah aku akan cuba bantu.
Cuma bermula esok kami terpaksa hentikan sebentar agihan barang dapur untuk penduduk sekitar Setapak dan Gombak akibat ada yang dengki.
Tak apalah, InsyaAllah Isnin ini aku akan ke JKM KL dan harapnya dapat berjumpa terus dengan pengarah untuk kami bincang cara agihan yang sesuai dan mendapat kelulusan yang betul.
Doakan agar usaha kami nak bantu ramai orang agar dipermudahkan ya.
Bismillah…
– Fadli. Jangan berhenti hanya kerana ujian kecil ini.
0 Comments