“Pada tahun 1999, ketika Malaysia kali pertama menyertai Timss, pencapaian Matematik murid Malaysia sama sahaja dengan pencapaian murid-murid di US, UK dan beberapa negara maju yang lain. Tak jauh sangat bezanya.
Tetapi selepas itu, trend kemerosotan pencapaian Malaysia dalam Matematik dalam Timss semakin ketara.
Cuba anda lihat pencapaian Malaysia dalam Timms 2023! Kali ini kita merosot lebih teruk. Menjunam lebih 20% berbanding tahun 1999″. – Dr Anuar Ahmad.
Laporan rasmi dari pasukan TIMSS tentang pencapaian murid Malaysia dalam Matematik dan Sains 2023: TIMSS Malaysia 2023 (PDF Download)
Ulasan saya :
Punca kemerosotan :
1. Silibus KSSR dan KSSR Semakan 2017 yang terlampau KBAT dan padat.
2. Masa pembelajaran Matematik yang tak mencapai tahap minima
3. Bilangan murid dalam kelas yang ramai
4. Pemansuhan exam membuatkan murid tak ada hala tuju, belajar main-main, tiada target, tak pulun betul-betul.
Saya sangat yakin itu punca dia berdasarkan pengalaman 18 tahun mengajar Matematik. Sekian.
#MFS
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.
Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments