Maaf jika ada yang terasa. Namun aku perlu tulis juga hal ini.

video-kafa

Maaf jika ada yang terasa. Namun aku perlu tulis juga hal ini.

Umum tahu, ramai orang susah sejak PKP dilaksanakan tahun lepas lagi. Berpuluh ribu hilang pekerjaan, beratus ribu orang dalam kesempitan.

Sedihnya, ada motivator dan tokoh tersohor mengambil kesempatan di atas kesempitan orang ramai.

Bila mereka tahu orang tengah tak ada duit, orang tengah banyak hutang, orang tengah kesempitan, mereka tawarkan kelas dan seminar untuk selesaikan semua masalah itu.

mengambil-kesempatan

“Teknik agung selesaikan masalah hutang”

“Bagaimana nak bagi diri tenang dan bahagia ikut cara Rasulullah saw”

“Teknik dari bankrup kepada jutawan”

“Bangkit dari kegagalan hingga mencapai kejayaan”

Banyaklah bertebaran seminar dan kelas seumpama itu. Kebanyakan kelas ini secara online sahaja. Mereka gunakan kepakaran mereka, pengaruh mereka untuk ajak orang ramai join.

Pelbagai testimoni diberi sehingga sangat ramai yang terpengaruh. Yang kurang baiknya, mereka kenakan bayaran!

Aku sendiri dihubungi beberapa ibu tunggal dan mereka yang dalam kesempitan, minta pinjam duit untuk join seminar dari pakar motivasi dan tokoh berpengaruh ini.

Seminar dan kelas mereka ini tidak murah harganya. Biasanya kelas pengenalan dikenakan caj rendah, sekitar RM20-RM50 sahaja. Bila ramai join sebab murah, mereka perkenalkan kelas premium dan yang lebih advance. Kononnya lebih banyak rahsia hebat akan didedah.

Masa ni mereka dah kenakan caj ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Ada pula umpan peserta kelas premium bertuah dapat makan malam bersama mereka, dapat kelas eksklusif bersama mereka dan sebagainya. Umpan yang manis ditabur.

Peserta yang dah tertarik usaha nak cari duit hanya kerana nak join kelas premium dan penuh rahsia agung kononnya ini. Lagi pun ada peluang bersemuka, makan bersama, ada sesi private zoom gitu.

Peserta tu dah la ditimpa kesusahan, hutang keliling pinggang, dibuang kerja, duit tak ada, mereka tanpa rasa bersalah kenakan caj yang mahal.

Kerana mereka tahu ramai akan join setelah diumpan dengan kelas permulaan yang menyeronokkan.

Pakar motivasi dan tokoh hebat ni, mereka belajar bagaimana nak menangi hati audience, mereka ada teknik halus yang menyebabkan orang taksub dan sanggup berhabis duit hanya untuk mendengar ceramah mereka.

Ada satu kelas motivasi tahun lepas, yurannya hampir mencecah RM1000. Lebih 1000 peserta yang join. Penceramah dengan senyum dapat buat duit lebih sejuta ringgit.

Sejuta ringgit diperah dari ibu tunggal, dari mereka yang dibebani hutang, mereka yang hilang pekerjaan, mereka yang dalam kesempitan.

Tidakkah mereka rasa bersalah?

Mengambil peluang atas kesempitan orang lain? Aku pun tak tahu bagaimana mereka boleh gembira kutip duit dari orang susah ini. Padahal mereka dah cukup kaya raya dah pun.

Orang sanggup berhutang demi nak join seminar mereka. Allah, pandai mereka tarik orang dengan umpan yang manis.

Lebih aku geram, kebanyakan seminar begini akan kata,

“Duit bukan segalanya. Tak perlu duit untuk bahagia. Bla… Bla… Bla…”

Tapi seminar mereka caj bukan main. Dia dah ada duit sedap cerita macam-macam. Cuba duduk tempat peserta tu.

Kalian yang ada kepakaran motivasi, petah bicara, ada ilmu tinggi, gunakan kemahiran itu untuk bantu ramai orang.

Buat seminar secara percuma sahaja. Buat seminar untuk bantu orang ramai. Nak jana income juga dari seminar itu, letak je nombor akaun dan biar mereka yang berduit, yang mampu, beri saguhati secara sukarela atas usaha kalian buat seminar.

Tak perlu tetapkan caj dan yuran tetap yang target nak keuntungan sangatlah. Kalian dah kaya kan. Apa lagi yang tak cukupnya?

Jom lah sama-sama bantu orang yang dalam kesusahan dan kesempitan mengikut bidang kepakaran kita. Jangan lagi mengambil kesempatan atas kesempitan orang.

Begitulah.

Mohd Fadli Salleh

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930