Hiasan cantik-cantik ni biasanya duit poket cikgu la dihabiskan. Bukan sepuluh dua habis ni. Bukan takat duit, masa dan tenaga pun habis.
Tapi dah minat kan. Mereka tetap buat juga.
Ni tema merdeka, nanti nak raya tema lain pula. Gituh tukar-tukar temanya.
Teringat kata otai dalam bidang pendidikan, Abang Mie Ubai,
“Hidupkan jiwa guru, hiduplah sekolah. Berjaya lah murid-murid”.
Sebab tu KPM kena fokus hidupkan jiwa guru. Baru mereka semangat dan impaknya dapat dilihat nyata.
Dekatkan yang jauh dengan pasangan.
Isu warden, isu pengawas peperiksaan, isu bawa murid keluar, isu bebanan tugas tu selesaikan. Jaga kebajikan mereka, nescaya mereka bekerja dengan gembira dan hidup jiwa mereka.
Dan impak akhirnya akan dapat dilihat dengan kesungguhan mereka, dan kemenjadian murid yang baik.
Okey, jom lihat gambar-gambar jom!
#MFS
Ni depan kelas, kat koridor. Pun dihias dengan tema Merdeka. Semua info lengkap diletakkan. Cantik, port ootd.
Gambar-gambar murid di print out dan letak kat sini. Suka murid-murid lihat. Mak ayah kalau datang tengok pun seronon lihat anak mereka diraikan oleh guru.
Siap ada binaan KLCC, ada frame bagai lagi. Bukan sikit usaha, masa dan wang ringgit habis ni.
Kelas dihias dengan bendera kecil dan besar. Yang laminate pun ada.
Meja guru. Ada speaker lagi untuk aktiviti dengan murid, nak connect Bluetooth ke apa. Tu dua piala dapat weh.
Sudut Hasil Kerja murid.
Pandangan papan putih. Dihias cantik. Rumput karpet dipasang.
Reading corner. Buku disediakan, murid bersila ke, meniarap ke, asalkan membaca.
PAK 21. Reward chart dan Parking Lot.
Meja murid pun ada alas berbentuk pendidikan. Senang budak ni buat Maths nanti. Sifir dah adaaa. Alas meja ni serendah rm4 je satu. Nah link https://shope.ee/3AfGR6gsnh
Aku bersama murid-murid Tahun 2 UM. Seronok semuanya nak bergambar juga.
0 Comments