Masuk kelas tahun 2, perasan dua murid perempuan bertukar kertas.

video-kafa

Masuk kelas tahun 2, perasan dua murid perempuan bertukar kertas.

Bila dia perasan aku perhatikan dia, cepat-cepat dia keronyokkan kertas dan simpan dalam meja.

“Apa tu?”

“Errr. Errrr”.

Gugup budak tu nak menjawab.

“Bak sini cikgu nak tengok,” arahku.

Takut-takut murid tu hulur kertas. Aku buka dan baca. Tergelak aku. Haishhh, ingatkan zaman dulu ja main tulis nota dan pass-pass ni. Rupanya zaman sekarang pun sama je.

“Kamu berdua, bangun!” gertak aku sedikit keras.

Dua murid perempuan tu bangun takut-takut.

“Pergi tandas sekarang. Awak, teman dia. Jangan masuk tandas berdua sudah lah,” ujarku.

Sekelas gelak. Budak berdua tu, dari takut-takut, bertukar senyuman.

Tak dan 2 minit, hampir separuh kelas angkat tangan.

“Cikgu, saya nak ke tandas”.

“Cikgu. Saya pun nak ke tandas”.

Ala baler. Penyakit ke tandas ni memang berjangkit. Seorang je minta, habis sekelas nak pergi juga.

🤦‍♂️

#MFS
– Gelagat sekolah rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930