
Contents
Modul Mathzier adalah Modul Paling Sukar Cikgu Fadli Pernah Hasilkan
Cikgu Mohd Fadli Salleh
Modul Mathzier adalah modul paling sukar Cikgu Mohd Fadli Salleh pernah hasilkan. Ia memakan masa, tenaga dan memenatkan.
Bayangkan nak siapkan 6 bab makan masa setahun lebih. Tapi hasilnya sangat hebat!
Modul Mathzier ni lengkap dari kulit ke kulit.Cikgu Fadli ajar semua topik yang ada dalam buku teks dari awal sampai akhir.
Kekuatan utama Mathzier ada pada rakaman video pengajaran dari Cikgu Fadli sendiri untuk setiap bab.
Ada pula nota lengkap yang boleh dijadikan rujukan, boleh di print out dan tampal kat meja bacaan. Modul latih tubi beratus-ratus soalan juga disediakan lengkap dengan skema jawapan.
Rakaman video boleh di tonton bila-bila masa, boleh diulang tayang seberapa banyak yang mahu, berpandukan pula dengan nota lengkap, terus buat modul latih tubi. InsyaAllah anak-anak akan dapat memahami dengan baik setiap topik yang diajar.
Ada cara tau nak belajar guna modul Mathzier. Jangan main tonton semua video gitu. Kurang berhasil. Contohnya kalian beli Bab 1 Mathzier Tahun 4. Ada 12 video. Cara yang betul nak belajar macam ni :
1) Tonton satu atau dua video sahaja.
2) Rujuk nota berkaitan dengan video yang ditonton.
3) Terus buat latih tubi dalam modul Mathzier berdasarkan topik yang dipelajari.
4) Tak faham, ulang tonton video, rujuk nota dan semak jawapan dengan skema yang diberi.
Esok atau lusa, sambung video seterusnya pula. Ulang step di atas. InsyaAllah, cepat faham. So, 1 bab Mathzier boleh dihabiskan dalam masa sekitar dua minggu hingga sebulan.
JANGAN tonton semua sekali dan buat semua sekali terus. Kurang berkesan gitu dan membebankan anak.
Modul Mathzier yang dihasilkan untuk tahun 4,5 dan 6 sahaja. Untuk modul Mathzier Tahun 5, kami tak buka tapak jualan disebabkan silibus tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya.
Cikgu Fadli tengah siapkan Mathzier tahun 5 dan dijangka Mac akan dilancarkan bab 1 dan bab 2 dulu.
Namun jika anak tahun 5 tahun ni yang belum faham bab tahun 4 tahun lepas (mungkin silibus tak habis disebabkan sekolah tutup), boleh dapatkan bab tahun 4 ya.
Habiskan silibus yang tertinggal yang tak sempat dihabiskan itu. Boleh pilih mana-mana bab nak beli.
Jom Subscribe untuk dapatkan Bahan PDP, Info dan Promosi Terkini!
Isi nama, email dan klik subscribe
Recent Post
Kemahiran Urus Diri Tahun 1 Masih Rendah?
Worksheets for Year 4, Module 7: Helping Out.
Mudahnya belajar BAHAGI oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh
Time Flash Cards by Ms. Nashiha
English Year 3 Module 2 : Every day
Phonics Module for Year 1
Topik Kenal Nombor dan Operasi Tambah untuk Tahun 1
Unit 9 Bumi Udara Sains Tahun 2
Nota Ringkas Sains Tingkatan 1 Bab 3
Nota Subjek Bahasa Inggeris: Conjunction
Recent Comments
Admin Cikgu Fadli Online on SuperMinds Unit 4: Lunchtime (I have got, I havenβt got)Admin: great!
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – Jaga, Amalan dan WaspadaAdmin: Waalaikumsalam, wbt, Sama sama kembali, Ami…
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 2 – Ceria, Bahaya dan AwasAdmin: Sama sama kembali, Amiinn π
Admin Cikgu Fadli Online on Koleksi Contoh Karangan dan Latihan Bahasa MelayuAdmin: Thank you π
Admin Cikgu Fadli Online on Nota berkaitan tajuk ruang dan bentuk oleh Cikgu HakimAdmin: Sama sama kembali. π
Admin Cikgu Fadli Online on Koleksi Contoh Karangan dan Latihan Bahasa MelayuAdmin: Alhamdulillah, terima kasih... π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Waalaikumsalam, Silakan, Sama sama kembali…
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – Jaga, Amalan dan WaspadaAdmin: Sama sama kembali, Amiin terima kasih π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Sama sama kembali, Alhamdulillah... π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Silakan, Sama sama kembali π
Satu bab RM50.
Kombo dua bab RM85. Jimat RM15.
FULL SET Bab 1 hingga Bab 6 cuma RM200. Jimat RM100.
Nak beli Bab 6 sahaja RM30
Cuba dulu satu atau dua bab. Kalau sesuai dengan anak, anak-anak mudah faham dan serasi, teruskan dengan bab seterusnya pula.
Paling best tentang modul Mathzier, ianya boleh diwarisi!
Best kan? Katakan abang tahun 4 guna guna Mathzier ni, adik-adik dia nanti naik tahun 4 boleh guna yang sama. Sebab silibus adik mereka nanti sama sahaja.
Tahun 6 je akan ada silibus lain tahun depan. Tahun 4 dan 5 silibus terkini dah.
Nota dan modul latih tubi pula boleh diulang cetak seberapa banyak yang suka. Buat sampai lebam. Sampai betul-betul power. Gituh!
Okey, dapatkan segera Modul Mathzier di sini :
Bagitahu kawan-kawan lain juga tentang Modul Mathzier yang best ni ya. Kami percaya mereka juga tercari-cari modul terbaik untuk membantu anak-anak mereka dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik ini.
#MFSEmpire #Mathzier
Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire
Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.
0 Comments