Murid ini bakal jadi jutawan suatu hari nanti (aku yakin dan pasti)
Perhatikan kertas hijau (size lebih kurang kertas A4 dipotong 6). Dia lukis empat corak simple ( seakan-akan belon ) dan dia jual dengan harga rm1 kepada rakan-rakannya.
Sangat mengejutkan, jualannya laris dan ramai murid beli. Aku masih tertanya-tanya bagaimana cara dia meyakinkkan rakan-rakannya untuk beli kertas yang dah buruk dan hanya ada corak yg cukup simple sahaja.
Tidak menarik langsung pd pandangan aku, tiada keistimewaan apa pun melainkan corak yang tah apa-apa tu. Semua orang boleh buat sendiri sepatutnya.
TAPI, bagaimana cara dia yakinkan org untnk beli? Itu masih menjadi persoalan.
Kaya raya budak tu hari ni hasil jualannya.
Hurmmm, siapa-siapa yang buat bisnes tapi kurang laku, bolehlah berjumpa dgn murid ni untuk minta nasihat.. 😉
P/s:- Jangan terkejut jika anda dicaj untuk mendapatkan nasihat darinya… Memang otak bisnes. Hebat!
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah
T.me/EbookCikguFadli
0 Comments