Semalam, kami ada latihan sukaneka kat padang. Aku bawa budak ke padang untuk latihan. Masa tengah berpenatan tu, Faris datang kat aku bawa botol air aku,
“Cikgu. Mesti cikgu dahaga kan? Masa saya pergi tandas tadi nampak botol air cikgu kat dewan. Saya ambilkan terus”
Kagum aku dengan sikap dia. Aku tak ada suruh atau arahkan pun.
Dia nampak botol air aku kat dewan.
Dia tahu aku kat padang tengah handle murid.
Dia tahu cuaca panas.
Dia jangka aku akan dahaga.
Dia nilai situasi dengan tepat dan buat keputusan tanpa perlu arahan.
Dan keputusan dia tepat!
Memang aku baru bercadang nak lari jap ke dewan ambil botol air. Tapi dia dah bawakan siap-siap.
Orang macam ni, kalau jadi bos pasti anak buah sayang. Dia ada empati. Dia ada tolak ansur. Dia fikirkan nak memudahkan orang lain. Dia tolong orang tanpa orang minta.
Sesungguhnya sebelum ilmu itu adalah adab.
Hari ini, Faris mungkin masih agak perlahan dalam belajar. Namun dengan akhlak dan adab sebegini, cikgu yakin Faris akan berjaya di masa akan datang.
Doa cikgu sentiasa mengiringi.
Botol air aku tu jenama FJbottle. Setakat aku beli pelbagai jenama thermos dan botol air, hat ni paling power, padu, tahan lebih 24 jam.
Lihat sini : https://shope.ee/2fjY02g7Cj
Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/7pQyrAgWvE
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/8A3pFoDi9X
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/3KyZUx5FTs
Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/8zcwFO0Wlp
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
0 Comments