Pagi ni kami buat kunjungan hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

video-kafa

Oleh:Cikgu Mohd Fadli Salleh

Pagi ni kami buat kunjungan hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertemu mata dengan Tuan Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah JKM KL sendiri.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Dapat berita paling gembira pagi ini. Kami diberi kebenaran untuk membuat agihan di kedai 2F Gadget setiap hari. Happy sangat-sangat.

Tuan Che Samsuzuki terus buat panggilan kepada CEO Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun memaklumkan kebenaran khas ini. Loudspeaker terus dia bercakap dengan Datuk tadi agar kami dapat dengar semua butiran perbualan.

jabatan-kebajikan-masyarakat

Datuk Zaizalnizam terus beri persetujuan dan ambil maklum tentang hal ini.

Untuk agihan selepas ini akan ada Rela akan jaga dan sesekali wakil dari JKM KL akan turun pantau juga.

Bila niat kita betul dan ikhlas, InsyaAllah Allah permudahkan. Ujian sekejap tempoh hari rupanya untuk kami berkenalan rapat lagi dengan team JKM KL

jabatan-kebajikan-masyarakat

Ada beberapa agenda dan perancangan sempat kami bincangkan bersama tadi. InsyaAllah akan kami jayakan bersama-sama nanti.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua!

jabatan-kebajikan-masyarakat

Tidak banyak tapi sentiasa.

Tidak ramai tapi ada.

Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

#MFS

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930