tudung-si-comel
pentagonmath
pengumuman
Aku masuk kelas dan bagitahu murid-murid,

“Cikgu ada dua pengumuman. Satu tak best. Satu best sikit. Nak dengar yang mana dulu?”

“Yang tak best dulu cikguuu”.

“Okey. Sebab ramai nak dengar yang tak best dulu cikgu bagitahu yang tak best dahulu. KPM baru umumkan, kita semua tak boleh PJ dah sebab cuaca panas”.

“Alaaaaa. Petang dah tak panas cikgu”.

“Saya bawa air banyak-banyak cikgu”.

“Kita main kat dewan cikgu”.

“Nak PJ. Nak PJ. Nak PJ”.

Murung terus budak-budak bila tahu tak boleh PJ. PJ adalah satu masa yang ditunggu-tunggu semua murid.

Murid pemalas macam mana, kalau tahu esok ada PJ mesti dia datang. Bahkan yang sakit demam sikit-sikit sanggup berlakon baik nak datang sekolah sebab ada PJ.

Kehadiran murid kalau ada PJ hari tersebut memang ramai dari biasa. Jika cikgu PJ tak mau bawa murid PJ, boleh berlaku rusuhan tau.

Kecewa mereka yang sangat.

“Cikgu. Apa berita best sikit tu?”

“Berita best sikit, walau tak boleh PJ kat luar, kita main dan buat aktiviti dalam kelas. Nak tak?”

“Nakkkkk! Yeayyyy!”

Bergegar satu sekolah murid-murid menjerit bila tahu dapat main juga. Haha.

Gitu la budak-budak ni. Konar sikit ambik hati mereka, terus hilang kecewa dan seronok sakan dah.

Yang belum dapatkan buku-buku latihan terbaik untuk anak-anak boleh dapatkan hari ni tau.

Koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/4V6Dfv5zll
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/4V6DfyVBKK
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/8pFCpxrsX2

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Cikgu, ni nama siapa?

Cikgu, ni nama siapa?

"Cikgu, ni nama siapa?" "Ni nama cikgu". "Okey. Ni untuk cikgu". "Terima kasih banyak". "Cikgu, ni nama siapa pula?" Ditunjukkan hadiah lain tertera nama Cikgu Loqman. "Ni nama Cikgu Loqman" "Terima kasih cikgu. Saya nak pergi cari Cikgu Loqman bagi hadiah pula"....

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

M1 : Eh, kat baju cikgu ada gambar chess. C : Awak tahu ke main chess? M1 : Tahu cikgu. C : Bagaimana kuda bergerak? M1 : Dia bergerak macam huruf L Murid-murid lain pakat dengar je perbualan aku dengan M1 dengan penuh minat. C : Kalau Castle ni pula gerak macamana?...

Benda dari Poket

Benda dari Poket

Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia. Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia. Wahh, pakai...

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas. Semerbak baunya. Sah, ada yang buat hal main perfume. "Siapa main perfume ni?" tanya aku. Sekelas tunjuk kat murid laki ni. "Dia sembur kat saya juga cikgu," adu seorang murid. "Ah, kau yang nak juga. Aku bagi lah". Start...

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

Ni Lutfiyah yang tulis kad ucapan 'Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli'. Ayat 'selalu pukul' awak tu mengundang betul. Macam kena bantaii separuh mati. Padahal kena rotan dengan pembaris kayu kat tapak tangan ja punnn. Tu pun sekali ja...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib