tudung-si-comel
pentagonmath
pertubuhan-dana-kita
Kelmarin satu call masuk, “Cikgu. Boleh tak saya nak mohon perkhidmatan van jenazah dan pengurusan jenazah team cikgu?”

“Boleh. Boleh. Jap saya pass nombor”

“Tapi mayat kat Hospital Serdang. Boleh ke pergi ambil dan urus?”

“Boleh InsyaAllah. Kalau mayat kat Perlis ke, Johor ke, kita InsyaAllah akan urus lagi”.

“Berapa bayaran cikgu?”

“Tiada bayaran ditetapkan. Bagilah seikhlas hati. Jika langsung tak mampu bagi waima RM1, jangan risau, kami tetap uruskan dengan sempurna”.

“Terima kasih cikgu”.

Kemudian aku hantar no phone Cikgu Ikhwan dan Saiful, pic yang handle bab jenazah. Aku hantar nombor secara wasap sahaja.

Dua minit kemudian akak tu wasap balik, “Cikgu. Silap nombor. Perempuan yang angkat. Berdebar dia bila saya tentang jenazah”.

Adoi. Typo satu nombor ja terus ke orang lain sampai call tu. Kemudian aku bagi poster terus la mudah. Alhamdulillah. Urusan mereka team Pejuang Kifayah Dana Kita bantu uruskan.

Kalian yang perlu perkhidmatan urus jenazah, hubungi kami ya. Seluruh Semenanjung kami cover. Semua jenis jenazah boleh team kami uruskan termasuk jenazah :

1. Reput
2. Wabak (Covid, HIV, AIDS dll)
3. Lemas/terbakar
4. Mayat normal
5. Urusan export dan import jenazah
6. Kursus jenazah di tempat anda (bergantung permohonan dan masa free sukarelawan kami)

Ya kawan-kawan. Ramai belum tahu. Dana Kita dah ada team pengurusan jenazah. Van jenazah kami ada dua biji. Sebiji diurus oleh team Pak Lang Kupang, Kedah. Satu lagi team kat Gombak.

Team pengurusan jenazah ni baru kami tubuhkan. Banyak benda kena sediakan termasuk based mandi jenazah, kelengkapan, kenderaan dan sebagainya.

Jom infaq sikit seorang hari Jumaat ni untuk kami teruskan misi Fardu Kifayah bantu orang susah, orang meninggal, pokok tumbang, kebakaran dan sebagainya ya.

Klik sini untuk lebih mudah menyumbang :

https://bit.ly/SasaranDanaKita

Juga boleh download aplikasi mobile DanaKita utk kemaskini segala aktiviti DanaKita di:
bit.ly/DanaKitaAndroid

Mohd Fadli Salleh

Mohd Fadli Salleh

Guru Matematik Sekolah Rendah

Mohd Fadli Salleh- Guru / Sumber Bahan di laman web Cikgu Fadli Online. Dapatkan Info menarik, bahan pembelajaran dan pengajaran di sini.

Facebook: Mohd Fadli Salleh 

Telegram: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Salah tu. Cukup salah.

Salah tu. Cukup salah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun...

Kirim emas untuk diwaqafkan

Kirim emas untuk diwaqafkan

Oleh: Mohd Fadli Salleh Allahu. Sejak Dana Kita lancarkan kutipan untuk Rumah Amal Dana Kita, sumbangan masuk tak...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger