Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

video-kafa

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan.

Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni.

Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan
“Permainan BERAPAKAH?”

Permainan ini sesuai dimainkan di luar kelas kerana perlukan pergerakan tanpa halangan meja dan bag murid.

Permainan BERAPAKAH?

1. Minta murid ambil kerusi dan buat bulatan, seorang murid berdiri di tengah bulatan dan tanya soalan :-
” Berapakah ? +/-/x ? ”

2. Semua murid mesti jawab :-
? +/-/x ? sama dengan ?

3. Murid yang “jadi” ulang step 1 (soalan yang lain pula) dan semua murid jawab serentak.

4. Guru akan cakap :-
” Nombor seterusnya akan pergi kepada orang yang ——- pakai tali leher ——- ( guru reka sendiri ayat )

5. Murid yang “pakai tali leher” mesti bangun dan cepat-cepat tukar tempat. Murid yang “jadi” tadi mesti cepat-cepat cari tempat semasa murid lain bangun.

6. Murid yang tak dapat tempat duduk, dia yang akan “jadi”.

Selamat mencuba.

* Untuk elak murid yg sama sengaja buat lambat untuk “jadi”, buat peraturan murid hanya boleh “jadi” sekali sahaja, kalau tidak, kena keluar 2 pusingan.

* Ajar murid guna tangan untuk buat simbol tambah/tolak/darab dan sama dengan semasa jawab soalan.

* Boleh ubah suai jadi permainan perkataan berlawan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, makna perkataan bagi Bahasa Arab dan English. Bergantung atas kreativiti guru mata pelajaran tersebut.

* Rujuk gambar dan keterangan pada gambar untuk lebih faham.

*** Kalau ramai guru kurang faham dengan penerangan ini, Boleh rujuk video di sini: http://bit.ly/3ZEYWEr 🙂

Semoga bermanfaat.

#MFS

permainan-berapakah

– Bagi penerangan awal tentang cara permainan di dalam kelas dahulu sebelum bawa murid ke dewan.
– Tegaskan pada murid, semua murid mesti jawab soalan, kalau tak game cancel. 😉
– Langkah-langkah penerangan boleh dibuat seperti gambar di atas.

 

permainan-berapakah

– Guru memberi penerangan akhir sebelum memulakan permainan.
– Guru orang pertama yang akan “jadi”

 

permainan-berapakah

– Bimbing murid buat gaya semasa jawab soalan agar game jadi lebih menarik.

 

permainan-berapakah

– Aktiviti murid disamping bimbingan guru.
– Murid yang duduk di lantai adalah murid yang pernah direhatkan 2 pusingan disebabkan melanggar peraturan.

 

permainan-berapakah

– Murid berebut mencari tempat kosong.
– Murid yang tak berjaya cari tempat akan berada di tengah dan teruskan permainan sampai lebam..
– Cubalah, sangat seronok 😃

 

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930