Ke Mana Produk Inovasi Guru Kita?

produk-inovasi-guru

Aku pernah join beberapa kali pertandingan inovasi peringkat daerah, negeri bahkan antarabangsa.
Idea inovasi guru-guru seluruh negara memang power, hebat sungguh. Terlopong aku lihat kehebatan idea mereka.

Cuma bila habis pertandingan, habislah ia. Tak dikembangkan. Tak dipanjangkan. Kenapa tiada pihak yang cuba kembangkan setiap bahan inovasi yang berkualiti dan bagus untuk diedarkan ke seluruh negara?

Sayangnya pertandingan hanya sekadar pertandingan. Tak banyak hasil inovasi diperbanyakkan untuk diedarkan. Peserta inovasi tak mampu dari segi kewangan nak perbanyakkan bahan inovasi yang mereka cipta.

Maka patut ia menjadi tugas GLC dan kerajaan bantu kembangkan idea bagus mereka.

Isu ni aku pernah terbaca sahabat guru, Cikgu Muhamad Rizal Sadiman menulis,

“KE MANA PRODUK INOVASI GURU KITA?
Tulisan yang ringkas, sekadar pendapat, perkongsian & harapan.

 

Pengenalan:

Saya kagum lihat rakan-rakan dulu di sekeliling saya mahupun di sosial media yang sangat rajin buat Inovasi. Produk-produk mereka sangat mantap. Gold medal hingga ke peringkat Kebangsaan & Antarabangsa.

 

Masalah:

Namun sejak akhir-akhir ni, ada beberapa rakan saya yang aktif dalam bidang inovasi berkongsi kisah mereka dalam bidang ini. Mereka seolah-olah tidak lagi mahu terus aktif kerana tiada sokongan berterusan.

Contoh: Mereka masuk pertandingan, menang gold medal & sebagainya. Namun, tidak ada pihak yang membantu untuk komersialkan produk mereka ini.

Prosesnya amat ringkas; buat inovasi – masuk pertandingan – dapat sijil – ulang lagi tahun hadapan. Ya. Isunya adalah MODAL untuk komersialkan produk inovasi.

 

Penyelesaian & Harapan:

Semoga produk inovasi yang dihasilkan oleh para guru-guru hebat diketengahkan & dikomersialkan. Saya tidak tahu selok belok kewangan di mana-mana peringatkan. Namun, Semoga ada pihak yang sudi memperjuangkan nasib guru & produk inovasi mereka.

Terima kasih.

Semoga pihak berkenaan ambil perhatian isu ni. Sayang sangat idea bagus dan wow hanya digunakan semasa pertandingan sahaja.

Begitulah.

 

#MFS

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728