Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati.
Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta tunjuk mana tempat sakit, akhir malu-malu dia tunjuk kasut yang rosak.
Pelekat kasut langsung tak lekat dan kasut pula dah agar uzur kondisinya. Patut la seret kaki, kalau berjalan seperti biasa, kasut pasti tertanggal.
Setelah siasat, rupanya dia anak yatim. Kematian ayah beberapa bulan lepas dan ibu pula baru je bersalin. Baru-baru ni kena masuk hospital balik, suspek jantung.
Allah. Bertimpa-timpa masalah anak perempuan ini. Cantik orangnya, tapi pelik, kenapa rambut dia pendek macam lelaki.
Rupanya rambut dia potong sendiri. Rambut dah panjang sangat katanya, nak pergi kedai tak ada duit. Lagi pun mak tengah sakit, anak bijak ini ambil keputusan untuk potong sendiri.
Guru yang perasan hal ni terus maklumkan pada aku kelmarin. Hari ini, aku pergi cari murid ini dengan membawa kasut baru.
Hari ni dia pakai kasut adik dia. Kecik sangat kasutnya, memang size langsung tak sama. Entah macamana dia masukkan kaki dia tu. Agaknya di bengkokkan semua jari kaki kot nak bagi muat?
Siapa pernah pakai kasut kecik? Seksa kan?
Seronok sungguh dia dapat kasut baru. Terus dia tanya,
“Boleh tak saya nak pakai sekarang cikgu?”
“Mestilah boleh. Kasut adik tu letak dalam kotak ni. Bawa balik,” balasku.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih”.
“Ni dua baucer pakaian sekolah percuma. Pergi je kat kedai ni, bagi boucer ni. Nanti awak dapat baju percuma siapa tudung semua,” kataku lagi.
Kepala dianggukkan tanda faham. Senyum tak lekang dari bibir.
Ah anak. Hari ni hari kamu ditimpa ujian. Dan ramai orang sudi membantu menghulur bantuan.
Dan di suatu besarnya kamu nanti, di saat makin lega dan berjaya, bantulah orang lain pula.
Kerana hidup ini bukan hanya tentang kita. Ia tentang kita peduli atau biar saja. Begitulah.
*******
Ini kisah benar 2 tahun lepas. Melintas kat memori, aku share kembali.
Kawan-kawan, jom infaq seringgit dua sorang infaq bersama Dana Kita. Dana kami dah diparas lantai, 5,000 beg sekolah nak kena bayar untuk Projek Beg Sekolah akhir tahun ni.
Seragam sekolah untuk anak-anak yatim dan tak mampu seperti ini juga perlu dibayar pada kedai. Banjir juga dah nak tiba. Persiapan bantuan dan kit banjir perlu disediakan.
Sedang dana tengah kehausan. Semoga Allah buka hati hamba-hambanya untuk membantu kami laksanakan pelbagai program kebajikan saban hari.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Boleh juga terus klik sini untuk lebih mudah menyumbang :
https://www.billplz.com/SumbanganDanaKita
Juga boleh download aplikasi mobile DanaKita utk kemaskini segala aktiviti DanaKita di:
bit.ly/DanaKitaAndroid
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners2. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments