tudung-si-comel
pentagonmath

Hujan lebat yakmat. Berterusan dari tadi. Aku baru lepas ajar kelas sebelah melangkah keluar nak menghala ke bilik guru.

Dari kejauhan nampak 3 orang murid main hujan. Depa saja lari rentas hujan ke sini. Kemudian lintas ke sana pula.

lari-dalam-hujan

Tu diaaaa. Dengan penuh kegembiraan berlari dan main dalam hujan lebat. Langsung tiada takut-takut dan penyesalan.

 

2 orang tu perasan aku lalu. Terus pecut lari hilang dari pandangan. Yang sorang ni lambat perasan. Dia cuma perasan aku dah dekat. Aku jerit suruh dia datang kat aku.

Dia cabut lari weh. Laju namatey pula tu.

 

lari-dalam-hujan

Laju namatey lari. Masa ni baru dia nampak aku dok perati je kat dia. ‘Alamak, red alert. Mampoih aku kena tangkap dengan Cikgu Fadli. Baik aku lari’.
Hebat KBAT awak. Ingat cikgu akan give up ke kalau awak lari rentas hujan? Ini Cikgu Fadli okeh. Lagi lebat, lagi suka!

 

Pantang betul aku kalau panggil budak lari dan tak datang. Ah shiap awak. Ingat awak je ke berani lari dalam hujan.

Nahhhh, dengan aku sekali terpaksa main hujan nak kejar murid ni. Kepada puan isteri, sila baca 3x ayat ni ya,

‘Abang terpaksa lari dalam hujan demi nak mendidik anak bangsa’.

Sesungguhnya abang terpaksa. Sungguh. Percayalah. 🥶

 

lari-dalam-hujan

Dapat tangkap dahhh. Mana mau lari haaaa?

 

Akhirnya, pengorbanan aku basah kuyup dalam hujan berbaloi. Murid dapat ditangkap. Amaran dapat diberi. Dia berjanji tak buat lagi.

Tapi kalau dia buat lagi pun aku tak de hal lah, aku boleh kejar lagi dalam hujan. Simple je pun.

Tapi dalam ratusan murid kat sekolah aku, 3 orang budak ni paling enjoy kehidupan kanak-kanak mereka.

Mereka berani mencuba. Berani ambil risiko. Nak juga main hujan.

Mereka terserempak dengan halangan (aku), mereka cuba selesaikan masalah (kbat) dengan melarikan diri dan menyorok, tapi anak. Ketahuilah. Kadang-kadang sebanyak mana kita mencuba, nasib tetap tidak menyebelahi kita.

lari-dalam-hujan

Basah kuyup. Pucat lesi muka lepas kena tangkap. Tahu pun takuttttt. Haha, ni semua kau akan gelak 10-20 tahun lagi bila kenang anak woi!

 

Namun cikgu respek la korang. Korang punya zaman kanak-kanak yang gemilang.

Hari ni menyesal dan ketakutan kena tangkap dengan cikgu. Besar nanti kau akan kenang semua ni dengan kelak tawa dan tangisan.

Dan masa itu mungkin nama cikgu kau akan sebut kembali. Dan mungkin waktu itu cikgu tiada lagi di dunia ini.

Kirim la doa dan fatihah seketul dua nanti kat cikgu okeh.

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib