tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

minta-duit-kawan

 

Budak-budak ni mudah sangat-sangat nak bentuk. Yang penting, jangan abaikan aduan ibubapa.

Kisahnya ada parent mengadu kat guru kelas kata kawan anak dia selalu minta duit. Dia minta siasat dahulu dan sahkan kes. Dia tak percaya anak dia bulat-bulat. Dia turut minta cikgu nasihatkan juga anak dia.

Bagus sikap parent ni. Tak ada buat kecoh dalam grup wasap, pm guru kelas elok-elok, dan tidak terus menuduh, bahkan minta siasat.

Guru kelas pass kes kat aku. Aku panggil semua yang terlibat termasuk mangsa. Tak ada gertakan, tak ada tinggi suara, aku tanya dengan lembut je,

“Cikgu panggil bukan nak marah atau nak denda. Cikgu nak tanya je. Cuma cikgu tak suka orang bercakap bohong. Jawab je betul-betul. Boleh?”

Semua pakat angguk kepala.

“Cikgu dapat aduan dari mak Ali (bukan nama sebenar) awak berdua minta duit Ali minggu lepas. Betul ke?”

Angguk kepala.

“Kenapa awak minta duit dia? Kan cikgu dah pesan tak boleh minta duit kawan”.

Diam. Tunduk je kepala.

“Kenapa? Cuba jawab cikgu nak tahu. Awak tak bawa duit ke?”

“Bawa cikgu. Cikgu, saya minta maaf. Saya tak buat lagi. Saya ganti duit Ali esok,” kata salah seorang yang minta duit.

Kawan dia pun ikut minta maaf. Siap hulur tangan lagi.

“Minta maaf dengan kawan awak tu. Esok, bawa duit lebih, ganti duit dia, faham?”

“Faham, cikgu”.

“Awak pula, cikgu dah pesan kan, kalau orang minta duit jangan bagi. Kenapa pergi bagi? Bagitahu cikgu lain kali. Faham?”

“Faham cikgu”.

“Dah. Pergi masuk kelas. Kawan elok-elok. Cikgu tak nak dengar lagi awak berdua minta duit orang”.

“Baik cikgu”.

Budak-budak tu beredar sambil berpimpin tangan. Sebenarnya budak bertiga ni memang kawan baik pun. Tu dia rasa bersalah sangat bila aku tahu mereka minta duit kawan.

Kes minta duit kawan adalah kes paling banyak saban tahun aku terima. Nak settle paling senang.

1. Masa perhimpunan bagi penegasan bahawa murid yang suka minta duit kawan akan dihukum dan diberitahu pada mak ayah mereka.
2. Terima kes terus siasat dan bagi amaran awal.
3. Kes berulang baru denda dan hukuman.
4. Berulang lagi, maklumkan pada mak ayah murid yang suka minta wang ni.

Settle.

Budak-budak cukup mudah dibentuk. Yang penting dua benda je.

1. Ibubapa kena tenang dan tak cepat melenting. Laporkan pada guru.
2. Guru kena ambil berat setiap aduan dan siasat. Jangan ambil remeh aduan dengan alasan, ‘biasa la budak-budak’.

Ada juga kes terpencil yang bila laporan dibuat tiada tindakan susulan. Anak terus jadi mangsa buli, kena ambil barang, kena minta duit.

Kalau kes terus berulang, laporkan pada PK Hem. PK Hem akan libatkan guru disiplin dan guru kaunseling sekali. InsyaAllah settle kes.

Jangan berhubung terus dengan pembuli, marah budak tu, ugut budak tu.
Jangan juga berhubung terus dengan mak ayah pembuli bagi warning dan marah-marah pula.

Kes tak selesai, bahkan akan jadi pergaduhan orang dewasa pula. Budak-budak dah berkawan elok, mak ayah sampai ke lokap bertumbuk.

Tak matang bang. Report kat pihak sekolah, InsyaAllah selesai. Cikgu-cikgu dok hadap kes gini berpuluh tahun lama dah. Ada la cara mereka nak selesaikan.

Okeh. Tu ja perkongsian panjang namatey petang ni. Entah ada orang baca sampai habis ke tidak, entahlah. 😅

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

t.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib