Dulu, UPSR adalah exam terbesar di sekolah rendah. Menjadi kayu ukur untuk kemasukan ke SBP, MRSM, Sekolah elit dan sebagainya.
Murid-murid ada fokus dan matlamat jelas untuk kejar target. Kesungguhan semua pihak dapat dilihat. Tapi dimansuhkan.
Dulu ada PMR dan PT3 untuk pelajar Form 3, menjadi kayu ukur untuk menentukan pelajar akan masuk kelas sastera, sains tulen, vokasional dan teknik serta peluang kedua nak mohon SBP dan MRSM.
Pelajar ada fokus dan matlamat jelas untuk kejar target. Kesungguhan semua pihak dapat dilihat. Tapi dimansuhkan.
Tinggal SPM sahaja satu-satunya peperiksaan yang menjadi kayu ukur dan matlamat pelajar di alam persekolahan.
Pun akhirnya terkulai layu bila tanpa SPM pun boleh mohon TVET guna slip PBD.
Oh Malaysia. Apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita.
Hari demi hari, makin rosak jadinya.
Nak lantakkan, anak-anak aku pun dalam sistem ini.
Nak terus berkata dan perjuangkan, depa kat atas macam tikus pekak membaiki labu.
Sesungguhnya untuk menghancurkan sesebuah negara, tidak lagi perlu hantar bom atom atau nuklear.
Cukup rosakkan sistem pendidikan mereka.
Nak atasi masalah tak hadir SPM ni senang ja. Aku dah tulis 2 kali dah pun.
1. Yang hadir SPM, berapa pun keputusan mereka, panggilan PLKN hanya setahun. Bagi rakyat pandai survive dan pandai pertahankan diri dan negara jika berlaku apa-apa pada negara.
2. Yang tak hadir SPM, WAJIB JALANI LATIHAN PLKN SELAMA 3 TAHUN. Train mereka betul-betul macam anggota keselamatan kita dapat latihan.
3. Semasa tahun akhir latihan, wajibkan jawab SPM belaka. Yang cemerlang, boleh serap jadi anggota pangkat tinggi sikit.
Habis je latihan 3 tahun, buka peluang mereka untuk jadi anggota keselamatan seperti FRU, Polis, askar, APM, bomba, warder penjara, navy dan sebagainya. Asas 3 tahun latihan dah cukup untuk jadi prebet atau pegawai rendah ni.
Jadikan mandatori. Siapa yang ingkar, penjara 5-10 tahun. Kejar sampai dapat, macam Thailand buat kat rakyat dia.
Confirm setel masalah ketidakhadiran calon SPM. In case tetap ramai yang tak hadir, negara ada pelapis dalam bidang keselamatan.
Win-win gituh.
Benda simple gini pun menteri xleh fikir. Dok asyik manjakan pelajar buat apa.
Begitulah.
#MFS
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.
Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
Recent Comments