Sumbangan PIBG: 8 Point Penting Ibu Bapa Harus tahu

Bayar sumbangan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) mungkin dianggap beban oleh sesetengah ibu bapa. Namun, tahukah anda bahawa sumbangan ini amat penting untuk kesejahteraan sekolah dan juga pelajar, terutamanya keluarga asnaf? Dalam artikel ini, Cikgu Fadli akan membahas mengapa sumbangan PIBG tidak harus dipandang remeh dan bagaimana ia dapat memberi manfaat besar kepada komuniti sekolah.

sumbangan-pibg

1. Orang paling susah, ibu tunggal, keluarga asnaf sangat ramai bayar sumbangan PIBG. Sebaik dapat duit bantuan RM100, antara perkara pertama mereka buat ialah bayar sumbangan PIBG.

2. Yang banyak marah-marah ni bila search profile ada Myvi. Ada Bezza. Bahkan ada yang pakai Honda. Melancong sana sini, tengok wayang selalu, tapi sumbangan PIBG mereka merungut. Malunya kat keluarga asnaf dan anak yatim yang berjalan kaki ke sekolah setiap hari, tapi bayar PIBG.

3. Tahukah kalian, dalam PIBG mana-mana sekolah biasanya ada Unit Kebajikan? Unit Kebajikan inilah yang bantu keluarga miskin dan terdesak saban tahun. Jika dana PIBG tak kuat, macamana nasib keluarga miskin nak terbela.

Kalian bayar sumbangan PIBG sebenarnya bukan hanya untuk anak-anak kalian, tetapi turut bersedekah dalam pelaburan akhirat tanpa kalian sedar. Apa itu perkara merugikan?

4. Ada fitnah besar pada guru dan barisan PIBG. Konon guru-guru guna duit PIBG buat majlis dinner akhir tahun dan sebagainya. Itu fitnah besar. Cikgu-cikgu tak hadap pun duit PIBG.

Bahkan guru-guru dan AJK PIBGlah paling banyak menyumbang dalam akaun PIBG dengan buat Hari Usahawan, Hari Karnival, jual macam-macam. Bahkan ramai sahaja guru seluruh negara diam-diam bayarkan sumbangan PIBG untuk murid mereka yang sangat miskin.

5. Banyak sekolah sumbangan PIBG saban tahun kurang 50% yang bayar. Sedangkan boleh dikatakan 100% mak ayah mereka pakai smartphone. Topup data RM5 sehari boleh. Beli lipstik, beli handbag, tengok wayang, beli rokok boleh. Bab sumbangan PIBG menggelupur marahkan sekolah.

6. Dana PIBG digunakan untuk sekolah dan program anak-anak kita. Sumbangan kalian sebenarnya untuk anak-anak kalian. Bayangkan sekolah buat program untuk anak-anak kita, baik pulih bangunan, beli whiteboard, beli LCD dan anak kalian nikmati semuanya tapi tidak membayar sumbangan.

Apa tidak sekelumit rasa bersalah? Tak malukan pada anak Pak Husin yang lumpuh tapi tetap bayar? Jika tidak malu, terus bahagialah kalian membiarkan anak-anak menggunakan kemudahan hasil sumbangan orang lain.

7. Bab sumbangan ni, boleh tiru Sekolah Cina. Aku bukan nak naikkan kaum Cina ke apa. Tapi kita ambil mana yang positif, kita tiru. Yang buruk yang tak elok, kita jauhi. Mereka tak berkira untuk pendidikan anak-anak. Mereka sanggup melabur dan mengikat perut asal anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Kita pakat tirulah.

8. Yang benar-benar tak mampu, asnaf, tengah jatuh terduduk, tak apa lah tak bayar pun. Parent lain pun faham, cikgu-cikgu lagi la faham. Namun kebanyakan sekolah benarkan bayaran ansuran bulanan. Mampu RM5, bayar RM5 dulu. Tapi jika benar langsung tiada lebih, siap berhutang pula, tak payah bayar la. Orang pun faham.

Cukuplah dulu 8 point tentang sumbangan PIBG. Baca, hadamkan baik-baik dan nilai dengan tenang tanpa kaitkan parti politik, kaum dan agama.

Sekian, terima kasih.

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728